Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Orang penggamang mati jatuh,
     orang pendingin mati hanyut.

Bermaksud :

Siapa yang tidak mempunyai keberanian, akan gagallah usahanya. gamang = berasa takut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neuroleptanalgesianeuro-leptanalgesiaPerubatanTiadaKeadaan yang dialami oleh seseorang apabila diberikan dadah analgesia dan neurolepsis secara serentak. Antara ciri keadaan ini termasuklah moyok, tidak berasa sakit dan tidak berasa sedar akan keadaan sekelilingnya.
ushiro-ukemiteknik rebah (judo)SukanTiadaTeknik merebahkan diri ke belakang oleh penjudo, supaya tidak berasa sakit atau membahayakan diri pada sukan judo.
nondirective interviewtemu duga tak berarahPentadbiranTiadaKaedah temu duga, iaitu penemu duga menggalakkan kebebasan pertukaran pendapat dengan claon supaya calon tidak berasa tertekan dengan soalan yang diajukkan.
anaestheticsanestetikKimiaTiadabahan kimia yang menyebabkan ketakpekaan tubuh terhadap sentuhan, kesaktian, dan suhu, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. Bahan ini digunakan dalam perubatan supaya pesakit tidak berasa sakit, terutama semasa pembedahan. Misalnya, Novocain.
bean-bag dental chairkerusi pergigian beg kekacangPergigianTiadaKerusi pergigian khas yang dibuat bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan untuk duduk lurus atas kerusi pergigian biasa. Dengan menggunakan kerusi jenis ini, kanak-kanak tersebut akan dapat duduk dengan tenang dan tidak berasa takut terjatuh dari kerusi. Kerusi ini diisi dengan biji kekacang yang akan mengikut bentuk badan pesakit yang mendudukinya.
antisocial personality disorderkecelaruan personaliti antisosialKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk kecelaruan apabila individu tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah dan sentiasa menafikan hak dan perasaan orang lain. Mereka juga tiada belas kasihan serta tidak berasa bersalah terhadap tindakan yang dilakukan. Mereka sering memanipulasi situasi atau pemikiran orang lain, bersifat menentang dan melayan orang lain dengan kasar. Mereka juga sering melanggar undang-undang seterusnya melakukan jenayah.
abhaya-mudraabhaya-mudraArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKajian ikonografi terhadap kedudukan tangan arca bermula dari bahagian tangan hingga telapak tangan termasuk susunan jari. Tangan dibengkokkan ke atas sementara telapak tangan diarahkan ke hadapan dengan kelima-lima jari berkeadaan rapat. Analoginya seperti sedang mengangkat sumpah. Proses ini kerap menggunakan tangan kanan berbanding tangan kiri yang bermaksud tidak berasa takut atau gementar untuk mendapatkan kebenaran. Mudra berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tangan.
sensori deprivationdeprivasi deriaPsikologiPsikologi UmumProses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang.
glycerinegliserinFarmasiTiadaCecair seperti sirap, tidak berwarna, jernih, berasa manis, tidak berbau, larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, benzena dan kloroform. Berguna sebagai bahan pelincir. gliserol.
diethylbarbituric acidasid dietilbarbiturikKimiaTiadaSerbuk atau hablur putih, berasa pahit, tidak berbau, larut di dalam air panas, alkohol, eter digunakan di dalam perubatan.
1234

Kembali ke atas