Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glass clothkaca)Pentadbiran PerniagaanTiadaKain tenunan kosong tidak berbulu, mudah menyerap seperti linen untuk mengelap kaca dan tembikar.
altricialaltrisialBiologiEkologiBerkaitan dengan anak haiwan yang tidak berbulu dan tidak bermaya ketika lahir, dan memerlukan penjagaan induk. Misalnya, anak burung helang dan burung hantu.
ergotergotBiologiHistologi dan SitologiBahagian kaki haiwan keluarga kuda (ekuin) yang tidak berbulu dan menyerupai kuku, atau jangkir di bahagian atas belakang kuku.
nidicolousnidikolusBiologiEkologiBerkaitan dengan anak burung yang tidak bermaya dan biasanya tidak berbulu dan buta, selepas sahaja menetas. Oleh itu anak burung ini harus diberi makan dan dijaga di dalam sarang oleh ibunya selama beberapa hari atau minggu, selepas menetas. Misalnya, burung helang. Bandingkan nidifugus.
worsted clothkain worstedPentadbiran PerniagaanTiadaKain yang diperbuat daripada gentian sayat panjang dengan cara menyisir kasar beberapa kali, kemudian menyisir halus bagi mengasingkan gentian pendek, sebelum gentian-gentian tersebut dipintal ketat untuk menghasilkan yarn yang tidak berbulu
worsted yarnyarn worsted/benang worstedKesenianTiada1. Gentian sayat panjang yang disisir halus atau dipintal ketat.,2. Istilah yang merujuk kepada fabrik tenun atau fabrik kait yang dibuat daripada gentian sayat panjang dengan cara menyisir kasar beberapa kali kemudian menyisir kasar beberapa kali kemudian menyisir halus bagi mengasingkan gentian pendek. Kemudian gentian-gentian tersebut dipintal ketat untuk menghasilkan yarn yang tidak berbulu.
natural grassrumput asliVeterinarTiadaRumput yang tumbuh secara semula jadi, sama ada di kebun, ladang, pinggir jalan atau berhampiran ban tali air. Jenis rumput yang biasa tumbuh ialah rumput kerbau (Paspalum conjugatum), rumput parit (Axonopus compressus) dan rumput rawa (Ottochloa nodosa). Ketiga-tiga jenis rumput ini sesuai dijadikan makanan ternakan ruminan. Selain itu, terdapat rumput lain yang kurang digemari seperti rumput tiga segi (Cyperus compressus), rumput sambau (Eleusine indica) dan lalang (Imperata cylindrica). Nilai pemakanan rumput asli lebih rendah berbanding dengan rumput pastura terpilih. Kandungan tenaganya pula ialah 6-8 MJ/kg dan protein kasar 7-10%. Hasil bahan kering rumput asli berbeza-beza mengikut jenis dan kawasan pertumbuhannya iaitu di antara 5-10 tan/hektar. Rumput yang tidak digemari oleh ternakan selalunya mempunyai ciri-ciri seperti berduri, berbulu, terlalu keras atau mempunyai bau yang kurang enak.

Kembali ke atas