Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Apa guna kepuk di ladang,
     Jikalau tidak berisi padi;
Kusangka panas sampai ke petang,
     Rupanya hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kecek anak Melaka.

Bermaksud :

Cakap tinggi tetapi tidak berisi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain?Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja.Makna13.08.2008
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong.

Istilah21.10.2009
Salam sejahtera. 1. Berdasarkan dapatan saya daripada Tatabahasa Dewan dan ruangan Munsyi Bahasa dalam Utusan Malaysia, kata sendi nama 'dengan' hadir di hadapan nama/frasa nama. Mohon penjelasan tuan tentang perkara yang berikut; a) Ali menerima berita itu dengan gembira. sepatutnya ditulis.. b) Ali menerima berita itu dengan gembiranya. c) Ali menerima berita itu dengan perasaan gembira. benar atau tidak. 2. Bagaimana pula dengan ayat yang berikut; d) Ali membuat kerja sekolahnya dengan bersungguh- sungguh. e) Ali membuat kerja sekolahnya dengan teliti bersungguh-sungguh = kata kerja teliti = kata kerja 3. Mohon penerangan tuan tentang peribahasa ' omong kosong' dan ' tin kosong '. Adakah kedua-duanya sinonim ?Kedua-dua ayat Ali menerima berita itu dengan gembira dan Ali membuat kerja sekolahnya dengan bersungguh-sungguh betul. Perlu diingat kata dengan mempunyai dua fungsi, pertama sebagai kata sendi nama dan kedua sebagai kata hubung pancangan keterangan. Dalam ayat contoh tersebut kata dengan berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat majmuk pancangan keterangan.
Omong kosong bermaksud percakapan yang bukan­-bukan (tidak ada buah butir yang penting), manakala tin kosong bermaksud tin yang tidak berisi apa-apa. Berkemungkinan dalam bahasa percakapan kita biasa mendengar ungkapan tin kosong yang seolah-olah maksudnya sama dengan omong kosong. Walau bagaimanpun dalam sumber rujukan kami hanya omong kosong yang diberi maksud sedemikian.
Tatabahasa04.04.2012
apakah maksud perkataan 'selamat'Antara makna selamat ialah 10ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. 2. terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi.Makna09.08.2010
Adakah ayat ini betul? Tidak terangkat oleh saya bakul yang berisi buah kelapa itu. Saya telah merujuk tatabahasa Dewan edisi keempat tetap tiada contoh. Terima kasih.Bentuk pasif diri pertama yang gramatis ialah "bakul yang berisi buah kelapa itu saya tidak terangkat".Tatabahasa11.06.2013
Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah benar, a) Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk? ATAU b) Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Terima kasih.Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua ialah:


Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :
Tidak sombong; rendah diri.
Sastera26.07.2018
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih.1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul)
 
2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul)

3. Bola lisut tidak popular di negara kita.
Permainan bola lisut kurang popular di negara kita.


4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul)
Tatabahasa17.01.2013
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih.

1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan.




Lain-lain12.04.2013
123

Kembali ke atas