Kurik Kundi Merah Saga | Pandan berbunga pandan, Pandan berlipat tidak berisi; Harum juga bunga pandan, Harum di tangan kami tangisi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna kepuk di ladang, Jikalau tidak berisi padi; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Api dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota. |
Kurik Kundi Merah Saga | Isi mengisi dalam celepa, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali tidak mengapa, Jangan sahaja mendua kali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakailah kasut jalan ke pasir, Lokan berisi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam rindu denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gemai ini gemai Cik Munah, Dalam berisi lada muda; Zaman ini zaman si tuah, Kalau mati pun tidak berdosa. |