Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Apa guna kepuk di ladang,
     Jikalau tidak berisi padi;
Kusangka panas sampai ke petang,
     Rupanya hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kecek anak Melaka.

Bermaksud :

Cakap tinggi tetapi tidak berisi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compressed capillarykapilari mampatPerubatanTiadaKeadaan kapilari yang telah mampat dan tidak berisi darah.
ideal gas modelmodel gas unggulKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel yang menyatakan bahawa kesemua molekul gas unggul yang terdiri daripada molekul bayangan yang tidak berisi padu dan tidak bersaling tindak antara satu sama lain. Molekul gas tersebut mempunyai sifat tersendiri tanpa dipengaruhi oleh molekul jiran di sekelilingnya.
rougingpembuangan jenis ganjilPertanianAgronomi

 Amalan membuang tumbuhan asing atau tidak sekata, berbanding tanaman utama dalam sesuatu kawasan. Pembuangan jenis ganjil dilakukan untuk memastikan biji benih yang terhasil daripada tanaman utama itu tulen. Contohnya, pembuangan padi angin, iaitu padi tidak berisi dalam kawasan sawah padi.

lumenlumenBiologiHistologi dan SitologiRuang di dalam tiub, kantung atau kelenjar atau lompang sentrum sel. Ruang ini diliputi oleh dinding sel atau dinding membran dan biasanya, tetapi tidak semestinya berisi cecair.
root tubertuber akarBotaniTiadaAkar adventitius atau cabang-cabang akar yang menebal dan berisi. Tuber akar tidak mempunyai mata tunas. Contohnya, akar ubi kayu dan akar ubi keledek.
Hedychium longicornutumTepus terbangPertanianTiadaTumbuhan jenis herba saka epifit dalam famili Zingiberaceae. Biasanya terdapat di hutan yang tidak terganggu. Tumbuhan ini yang mempunyai akar berisi. Akarnya digunakan untuk mengubati lemah sendi, sakit otot, sakit tulang dan demam.
Hedychium longicornutumtepus terbangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba saka epifit dalam famili Zingiberaceae. Tumbuhan ini biasanya terdapat di hutan yang tidak terganggu. Tepus terbang mempunyai akar berisi. Akarnya digunakan untuk mengubati lemah sendi, sakit otot, sakit tulang dan demam.
stiff mixpukul naikPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah memukul adunan sehingga naik dan kembang seperti putih telur, krim dan meringue dan jika diterbalikkan mangkuk yang berisi adunan itu, adunan itu tidak akan jatuh.
air pocketpoket udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Ruang yang berisi udara dalam sesebuah bekas cecair. Udara terperangkap dalam cecair tersebut kerana terdapat halangan atau keadaan bentuk dalaman bekas yang boleh memerangkap udara. Udara juga mungkin terperangkap kerana kelikatan bendalir terlalu tinggi sehingga menyebabkan udara tidak dapat dibebaskan. 2. Kawasan ruang udara atmosfera yang bertekanan rendah dan menyebabkan pengurangan daya angkat secara tiba-tiba. Keadaan ini sering berlaku di laluan kapal terbang yang mempunyai pergerakan udara yang bergelora dan menyebabkan tekanan ruang udara jatuh dan menjadikan tekanan rendah daripada tekanan persekitaran.
G.M. counter tubetiub pembilang G.M.FizikAtom dan NuklearTiub pembilang yang beroperasi dalam keadaan yang magnitud bagi setiap denyutnya tidak bersandar kepada amaun tenaga sinaran yang dikesan. Tiub ini terdiri daripada kebuk silinder logam berisi gas dan wayar halus anod pada paksi silinder tersebut. Sinonim pembilang Geiger Muller.
12

Kembali ke atas