Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(748)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara.Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih.Lain-lain08.08.2008
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan "keberkesanan". Soalan saya: 1. Apakah kata dasar perkataan tersebut ialah "berkesan"? 2. Jika kata akarnya ialah "berkesan", apakah justifikasi yang digunakan? Mengapa kata "kesan" tidak dianggap sebagai kata akarnya?Berkesan dan keberkesanan, kata dasar kedua-dua kata tersebut ialah "kesan".Tatabahasa18.07.2008
Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyebabkan sesuatu pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan. (i) Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (ii) tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan Adakah kedua-dua frasa tersebut gramatis?

Kedua-dua frasa, iaitu  “Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)” dan “tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan”  dalam contoh ayat yang diberikan adalah gramatis.

Tatabahasa14.03.2022
Dia tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan. Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut dan mengapakah salah?

kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,berapa dan bila. kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Oleh yang demikian ayat yang betul ialah:

Dia tidak tahu waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan.

Tatabahasa22.03.2011
saya ingin bertanya buku rujukan berdasarkan buku teks buku rujukan apa ya??

Sebelum saudara ingin mencari buku rujukan pastikan dahulu apa perkara yang hendak dibuat rujukan supaya pencarian lebih terarah dan tidak membuang masa. Saya tidak jelas apa perkara yang saudara hendak rujuk. Sebagai panduan, dalam proses pembelajaran yang berkesan seseorang itu mestilah mempunyai tujuan untuk belajar. Juga jika ingin membuat rujukan secara berkesan kita mesti tahu apa tujuan kita hendak membuat rujukan. Adakah kita ingin mengetahui sesuatu topik lebih mendalam maka kita perlu membuat rujukan dengan lebih lanjut. Atau kita ingin mengumpulkan buku-buku rujukan tidak kira bidang untuk tujuan rujukan rakan-rakan atau murid-murid?

Lain-lain19.10.2010
BR1M (BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA).KENAPA DALAM TV MENYEBUT BRIM,1 TU MENJADI HURUF I.KENAPA TIDAK ADA PEMBETULAN?Bantuan Rakyat 1 Malaysia diringkaskan ejaannya dan disebut sebagai BR1M untuk mengkomersialkan program tersebut ke seluruh negara. Hal ini lebih kepada laras iklan, iaitu pemberitahuan kepada rakyat Malaysia tentang program kerajaan. Iklan yang berkesan lazimnya ringkas, mudah dan tepat. BR1M pada pendapat kami berkesan mempromosikan porgram tersebut dan apabila dieja penuh, ia tetap dieja dengan ejaan yang betul.Ejaan18.09.2012
Adakah terjermahan berikut daripada BI ke BM betul? BI: It is an effective repellent against mosquitoes that transmit dreaful diseases. BM: Ia merupakan penghalau yang berkesan terhadap nyamuk yang menularkan penyakit-penyakit yang mengerikan.

Kami mencadangkan terjemahan berikut “Bahan penghalau ini berkesan terhadap nyamuk yang membawa penyakit berbahaya” Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.

             Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.

Penyemakan dan penterjemahan08.03.2023
Pemilihan diksiyang tepat dan sesuai menentukan baik atau tidak sesuatu teks penulisan.Apakah ciri-ciri diksi yang harus dipilih oleh seseorang penulis?Seseorang penulis perlulah memilih dan menggunakan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea bersesuaian dengan perkara yang hendak disampaikanLain-lain23.09.2006
Saya mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka dinaik taraf kepada Jabatan Bahasa dan Pustaka. Usaha memartabatkan bahasa Melayu akan lebih berkesan jika DBP dijadikan Kementerian Bahasa dan Pustaka.Mungkin cadangan ini agak janggal tapi tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP.Lain-lain06.09.2009
Asallammualaikum, antara pertanyaan saya adalah bagaiman untuk menyediakan laporan, minit mesyuarat yang baik dan tepat..setahu saya ia tidak rigid namun mungkin saya dapat sedikit panduan unuk buat yang terbaik....

Puan Rosilawati,

Untuk menyediakan laporan, minit mesyuarat yang baik dan berkesan beberapa langkah perlu diberi perhatian seperti prinsip asas penulisan, format penulisan dan  penggunaan bahasa dalam penulisan tersebut.  Buku Bahasa Laporan yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar  boleh dijadikan rujukan.   

Lain-lain11.03.2010
1234

Kembali ke atas