Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam ayat-ayat di bawah, kata sendi nama "kepada" atau "terhadap" lebih sesuai dan tepat untuk digunakan? 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap / kepada apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih terhadap / kepada apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang terhadap / kepada saya. Adakah ayat-ayat ini menekankan sasaran abstrak seperti "apa-apa sahaja yang kita nikmati"dan "apa-apa bantuan" yang perlu menggunakan kata sendi nama "kepada" di hadapan objek-objek abstrak tersebut? Selain itu, dalam soalan nombor 3, adakah kedua-dua kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" membawa makna yang sama, iaitu menunjukkan sasaran yang konkrit, seperti manusia?1. Kita haruslah sentiasa bersyukur atas apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
2. Kita mestilah berterima kasih atas apa-apa bantuan yang telah diterima.
3. Dia berasa kurang senang kepada/terhadap saya.
Kata sendi nama kepada atau terhadap tidak gramatis dalam ayat 1 dan 2, kami mencadangkan penggunaan kata tugas "atas" yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperto perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.
Tatabahasa08.08.2014
Kita perlu pergi segera, untung masih ada orang menunggu kita. Kami mendapat untung yang banyak semasa hari kantin yang lepas. penggunaan untung dalam kedua-dua ayat betul kah? tqAyat tersebut betul. Makna untung dalam ayat pertama ialah tidak sial (celaka), bernasib baik. Untung dalam ayat kedua pula bermaksud keuntungan- hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan, dll yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba.Tatabahasa26.08.2008
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasihUngkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami.

Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh.
Tatabahasa16.09.2013
1.Malah,kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya. 2.Salam,saya nak tanya apakah kesalahan dalam ayatdi sini?Boleh tak menggunakan ‘Yang dengan ’ bersama? 3.Ternyata puisi tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti ‘demi ’mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang seimbang dari segi rohani,jasmani,emosi,rohani,intelektual dan sosial. Perkataan kata sendi nama ‘demi’ boleh digunakan di sini?atau penggunaan ‘demi’sudah salah manakala apakah perbezaan antara bagi dengan demi 4.melahirkan perasaan simpati atau menimbulkan perasaan simpati?

1. Ayat yang betul ialah: Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya dengan lembut dan sabar. 2. Kata sendi tidak boleh hadir bersama-sama kata sendi. 3. Kata Penggunaan kata sendi nama “demi” dalam contoh ayat tersebut betul. Kata sendi “bagi” digunakan di hadapan frasa nama yang fungsinya menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan tertentu “bagi” boleh bervariasi dengan kata sendi nama “untuk”. Kata sendi nama “demi” pula membawa makna tujuan. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman:276-277). Perkataan “melahirkan perasaan simpati” dan “menimbulkan perasaan simpati” boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat. Contohnya; i. Tuanku Permaisuri Agong melahirkan perasaan simpati baginda dengan mencemar duli membantu mangsa banjir di pusat penempatan sementara. ii. Pelbagai kisah suka duka   yang ditayangkan melalui slot Bersamamu menimbulkan perasaan simpati masyarakat untuk bersama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Tatabahasa20.01.2021

Kembali ke atas