Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Harap hendak meraup,
     tidak boleh menggenggam.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Disisih bagai antah.Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati anak jangan mati adat.Adat yang tidak boleh dilanggar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terbuka mulut, terpancut keluar hati.Kepada orang yang banyak bercakap tidak boleh dipercayakan sesuatu rahsia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing.Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang.Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah menang tak tahu, bersorak boleh.Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertampuk bertangkai.Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas