Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inactive bondbon lembapPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang jarang diniagakan dan dianggap tidak cair, biasanya mempunyai jurang perbezaan yang besar antara harga bida dengan harga tawar.
condensedmampat; ringkas; padat; memeluwap; pekatPentadbiran PerniagaanTiada1. Mampat: Sesuatu yang tidak berongga-rongga.,2. Padat: Isi, kandungan, susunan dan lain-lain yang penuh dan rapat sekali.,3. Memeluwap: Menjadi atau mengeluarkan wap.,4. Pekat: Sesuatu yang tidak cair, kental dan likat.
glutahioneglutationKimiaBiokimiaKomponen semesta sel yang mengandungi asid glutamik, sisteina dan glisina, terdapat dalam bentuk serbuk berhablur putih, tidak berbau, larut di dalam air dan alkohol cair, tidak toksik dan digunakan dalam penyelidikan metabolisme dan pemakanan.
guanosineguanosinaKimiaBiokimiaNukleosida yang berbentuk serbuk berhablur putih, tidak berbau, mempunyai rasa garam, larut di dalam air, asid galian cair, asid asetik panas dan bes cair, tetapi tidak larut di dalam alkohol, eter kloroform dan benzena. Sebatian yang terdiri daripada guanina dan D-ribosa ini terdapat di dalam pankreas, pokok kopi dan debunga pokok pain.
heat resistanttahan habaTeknikElektrikBerkaitan dengan bahan yang tidak mudah cair atau berubah bentuk apabila berada di tempat panas. Contoh bahan yang tahan haba untuk kegunaan elektrik ialah mika, kaca, tembikar, serabut kaca, dan silikon.
Chlorinated rubberGetah terklorinPertanianAgronomi

Satu produk getah yang dihasilkan dengan mencampur klorin dalam getah cair. Produk ini tidak melekit dan tidak mudah terbakar dan digunakan untuk membuat cat dan varnish yang tahan karat dan juga untuk membuat dakwat dan pelekat.

butyric acidasid butirikKimiaBiokimiaAsid tidak berwarna, mudah terbakar, cair dalam air, alkohol dan eter. Asid ini digunakan untuk mensintesiskan perasa, ubat-ubatan, dan juga digunakan sebagai agen pengemulsi.
diabetes insipidusdiabetes insipidusMakanan dan PemakananPemakananSejenis penyakit yang jarang berlaku. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang seseorang mengeluarkan sejumlah urin yang banyak, cair dan tidak berbau. Individu normal mengeluarkan 1-2 kuart urin sehari. Manakala individu yang mengalami diabetes insipidus mengeluarkan 3-20 kuart urin sehari. Keadaan ini mengakibatkan keperluan air meningkat dengan banyak.
zopiclonezopiklonKimiaForensikBahan sedatif dan hipnotik dengan formula kimia, C17H17CIN6O3 nama dagang, Imovane, Amovane. Hablur putih atau kekuningan, takat lebur 178�C, larut dalam diklorometana dan asid mineral cair, serta tidak larut di dalam air dan etanol. Dos terapeutik dalam serum ialah 0.01 mg/L - 0.05 mg/L, manakala dos toksik dalam serum ialah 0.15 mg/L.
illiquidtak cairPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan sesuatu pelaburan yang sekali dibeli tidak mudah dijual atau ditukarkan kepada tunai kerana ciri-ciri yang terdapat pada pelaburan tersebut.
123

Kembali ke atas