Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alarmistpencemas; penggemparSejarahTiada1.Orang yang cenderung menimbulkan kegemparan yang dibuat-buat.,2. Sikap seorang penggempar atau pencemas yang melakukan sesuatu yang tidak perlu.
shi�r ?l-f?khrshi�r ?l-f?khrKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman Jahiliah. Fenomena ini berpunca daripada faktor perbezaan fahaman politik dan parti antara satu golongan dengan golongan yang lain. Oleh yang demikian, shi�r ?l-f?khr pada zaman ini mengandungi mesej shi�r ?l-hij?�. Antara pencipta shi�r ?l-f?khr ialah Imru�al-Qays (Diwan, zaman Jahiliah) dan Abdullah ibn Amir (Diwan, zaman awal Islam). Lihat juga shi`r ?l-?am?s?h, shi`r ?l-m?d?.
Law of The Sea ConventionKonvensyen Undang-Undang LautSains PolitikHubungan AntarabangsaKonvensyen yang pertama kali ditandatangani pada tahun 1958 dalam usaha komuniti antarabangsa menyelaraskan undang-undang laut antarabangsa bagi menyelesaikan perbezaan tuntutan bidang kuasa terhadap kawasan lautan antara negara dunia. Undang-undang laut ini ditandatangani kali kedua pada tahun 1960 untuk menyelesaikan tuntutan lain yang timbul seperti hak penangkapan ikan. Pada bulan Disember 1982, undang-undang tersebut ditandatangani buat kali ketiga. Undang-undang ini merangkumi semua aspek dalam hak dan penggunaan lautan sebagaimana yang termaktub dalam sejumlah 320 artikelnya. Artikel tersebut termasuklah hak penggunaan perkapalan antarabangsa untuk melalui perairan selat. Undang-undang ini juga memperuntukkan zon eksklusif ekonomi seluas 200 batu nautika bagi negara tepi pantai dalam menentukan aktiviti penggunaan sumber alam, penyelidikan saintifik dan perikanan. Peruntukan juga dibuat dalam konvensyen ini untuk mewajibkan sebarang perselisihan yang tidak dapat diselesaikan melalui perundingan, diserahkan kepada beberapa prosedur pengadilan dan kehakiman seperti Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut.

Kembali ke atas