Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lyophobicliofobikFarmasiFarmaseutikSifat sesuatu bahan yang tidak gemar berada dalam sesuatu pelarut. Ampaian yang liofobik ialah ampaian yang menunjukkan keadaan afiniti yang rendah antara fasa tersebar dengan fasa penyebar.
essential oilminyak patiHerbaBotani dan BioteknologiMinyak pekat bersifat hidrofobik (tidak gemar air) yang mengandungi sebatian beraroma, yang diekstrak daripada tumbuhan. Minyak ini banyak digunakan dalam campuran minyak wangi, kosmetik, perasa makanan dan minuman, serta produk pencuci.
solitary speciesspesies bersendirianPerikananTiadaSpesies ikan yang mempunyai tabiat hidup secara bersendirian dan tidak gemar bercampur dengan ikan lain. Spesies ikan ini biasanya mendiami bahagian dasar air yang berbatu. Contohnya, ikan merah, kerapu dan ikan bayan.
succession politicspolitik penggantianSains PolitikPolitik PerbandinganAmalan politik yang cenderung kepada pertukaran pemerintah dan tidak gemar kepada pengekalan sesuatu rejim atau pemimpin. Politik penggantian ini memberi ruang kepada calon pemimpin bertanding atau turut serta dalam pemilihan dan rakyatnya pula bebas untuk memilih pemimpin baru. Contohnya, politik India era pasca-Gandhi dan Indonesia pasca-Soeharto telah menunjukkan sifat politik penggantian yang jelas apabila pemimpinnya sering bertukar ganti.
wanderlustgemar merantauPelanconganTiadaKeinginan individu untuk mengembara tanpa menetapkan destinasi yang dituju dan tidak terhad pada masa tertentu.
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.
spottail sharkyu kepak hitamPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Carcharhinus sorrah, iaitu ikan jenis demersal yang tidak berkumpulan. Yu kepak hitam berwarna kelabu keperangan di bahagian atas dan putih di bahagian bawah. Ikan ini hidup di di sekitar kawasan terumbu karang serta dasar laut yang landai dan berpasir. Pada waktu malam, yu kepak hitam mendiami kawasan permukaan air manakala pada waktu siang ikan ini mendiami bahagian dasar laut. Sirip ekor bawah yu ini mempunyai tompok hitam, manakala sirip ekor atas berbintik hitam. Ikan ini gemar memakan sotong kurita serta ikan karang dan ditangkap menggunakan pancing atau pukat hanyut.
seed bankbank biji benihBiologiEkologiJumlah biji benih yang tersimpan di dalam tanah, yang boleh bercambah apabila wujud keadaan sekitaran yang sesuai. Umumnya tanah di lantai hutan menampung biji benih daripada spesies yang gemar akan cahaya (fotofit) dan keadaan redup (skiofit), tetapi biji benih spesies fotofit tidak boleh bercambah tanpa wujudnya luang pada kanopi hutan.
digressionpenyimpanganKesusasteraanTiadaBahan yang kurang jelas kaitannya dengan tema atau perbincangan pokok yang dimasukkan ke dalam cerita sebelum cerita tersebut disambung semula. Daripada satu pihak, penyimpangan dianggap sebagai satu kelemahan kerana mengganggu perkembangan plot dan memperlihatkan pengarang tidak dapat mengawal jalan cerita dengan baik. Penyimpangan biasanya tidak digenari dalam esei formal, drama atau naratif yang padat serta kental susunannya. Daripada pihak yang lain, penyimpangan dianggap menawarkan kelegaan komik atau memberi maklumat tambahan untuk memperhebatkan cerita. Penyimpangan sering digunakan dalam novel pikares (picaro) dan novel epik. Antara bentuk penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan juga dijumpai dalam esei yang tidak formal sifatnya atau novel yang menggunakan aliran kesedaran. Penyimpangan yang panjang dikenali sebagai hujungan rinci. Antara penulis yang gemar menggunakan penyimpangan ialah Lawrence Sterne dalam karyanya yang berjudul Tristram Shandy. Karya ini mengandungi satu bahagian, iaitu Digression on Digressions, sementara dalam karya De Quincey pula penyimpangan dikatakan lebih panjang daripada tema utamanya. Dalam contoh sastera Melayu, episod punakawan dalam pewayangan adalah kelegaan komik yang boleh dianggap sebagai penyimpangan. Penyimpangan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �pergi ke tepi�. Lihat juga aliran kesedaran, epik, hubungan rinci, kelegaan komik, novel pikares, simile epik.
hammerhead sharkyu tukulPerikananTiadaIkan yu daripada famili Sphyrnidae, spesies Sphyrna lewini, iaitu jenis ikan pelagik pesisir pantai. Ciri yang paling ketara pada yu tukul ialah kepalanya yang berbentuk tukul serta mata dan hidungnya berada di bahagian hujung kepala. Yu tukul boleh mencapai panjang maksimum 4.3 m dan berat maksimum 150 kg. Ikan ini gemar memakan ikan sardin, kembung, tamban dan sotong dan tidak agresif atau berbahaya kepada manusia. Yu tukul boleh ditangkap dengan menggunakan rawai, pancing serta pukat hanyut. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana ia mampu memberikan tentangan kepada pemancing.
12

Kembali ke atas