Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tidak berperut lipat.

Bermaksud :

Kurang pertimbangan atau kurang fikiran.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pantun

PantunSumberTema
Ada malangnya bertabir kuning, Kurang lapis tidak berguna; Ada malangnya berbibir sumbing, Orang menangis awak tertawa. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jika tidak kerana selasih, Manakan kurang sakit kepala; Jika tidak kerana kekasih, Manakan abang mahu bercinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika menyukat tidak pandai, Banyak lebih ataupun kurang; Jika adat tidak dipakai, Banyak selisih muka belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sudahlah makan tidak berkua, Nasi yang ada terasa kurang; Sudahlah badan tidak bertuah, Kekasih pula dilarikan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika menyukat tidak pandai, Di kiri banyak di kanan kurang; Jika adat tidak dipakai, Negeri rosak umat berperang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tidak memilih memilah-milah, Menimbang sama kanan dan kiri; Sama kasih senang dan susah, Kurang menambah lebih memberi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yakin tegak tidakkan jatuh, Kurang yakin cepat goyahnya; Kain awak yang tidak senonoh, Orang lain dapat dosanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas