Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Lama tidak pergi ke ladang,
     Burung turun ke batang padi;
Kuharap umur panjang,
     Bila kita dapat berjumpa lagi?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sudah dapat gubah dikarang,
     bunga sekaki dicampak buang.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat ini betul. "Bangunan itu bakal siap tidak lama lagi" Terima kasih.Ayat "Bangunan itu bakal siap tidak lama lagi." adalah betul.Tatabahasa24.10.2011
"Saya tidak akan melupakan semua pelajar di kelas di kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." atau "Saya tidak akan melupakan semua pelajar dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." Antara ayat di atas, yang manakah betul dan mengapakah jawapan tersebut betul?

Ayat betul ialah Saya tidak akan melupakan semua pelajar di dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi.

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. "Di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286.

Tatabahasa22.03.2011
Apakah ayat songsang untuk ayat-ayat berikut. (a) Pengacara meminta para tetamu untuk duduk kerana acara akan bermula tidak lama lagi. (b) Pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak daripada berlarutan.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat. Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu. Contohnya: a) Meminta para tetamu untuk duduk pengacara kerana acara akan bermula tidak lama lagi. b) Perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan pihak berkenaan. Tatabahasa08.11.2015
SALAM...MINTA STATUS KELAYAKAN UNTUK BILLBOARD YANG AKAN DI IKLANKAN TIDAK LAMA LAGI. SILA RUJUK PADA FILE YANG SAYA LAMPIRKAN.TERIMA KASIHUntuk pengesahan iklan dalam bahasa Melayu, puan hendaklah klik pada domain Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila lampirkan iklan setelah pendafratan dibuat dan maklum balas diberikan melalui e-mel yang didaftarkan.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2014
Saya bercadang untuk membuat kain rentang untuk kedai yang saya akan buka tidak lama lagi. Tetapi, saya perlu pengesahan dari pihak DBP terhadap 'design' kain rentang tersebut sebelum ia boleh dicetak. Diharap pihak DBP dapat memberi maklum balas pengesahan terhadap penggunaan bahasa pada kain rentang tersebut. Gambar 'design' kain rentang ada pada fail yang saya lampirkan besama dengan soalan ini. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online).Lain-lain02.10.2017
Puan, Salam sejahtera. Bolehkah puan mencadangkan perkataan yang paling tepat untuk menggantikan perkataan "bercadang" dalam ayat yang berikut : "Puan Rosnah dan suaminya bercadang untuk berusaha tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi."Selain perkataan bercadang, perkataan lain yang mempunyai makna yang sama ialah berhasrat, berkeinginan, dan berhajat.


"Puan Rosnah dan suaminya berhasrat untuk mengusahakan tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi.
Tatabahasa10.01.2013
1.Apakah ciri-ciri ayat dasar? 2.Ayat2 berikut yang manakah bukan ayat dasar? a.Mereka akan tiba tidak lama lagi. b.Irama muzik itu sungguh mengasyikkan. c.Anak muda lebih suka bekerja di bandar besar. d.Cuaca pada hari ini merimaskan peserta pertandingan. 3.Adakah utk mengenali ayat dasar,kita perlu mengetahui ayat dasar, perlu mengenalpasti pola ayat dasar terlebih dahulu?TQVM

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. 

2. Kesemua contoh ayat yang diberikan ialah ayat dasar. Untuk lebih menguasai tajuk ini, kami sarankan saudara rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437-439.

Tatabahasa23.07.2011
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2)Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3)Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini.1) Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan.
2) Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi.
3) Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini.
Tatabahasa01.04.2014
Bila boleh menggunakan perkataan bermenantu dan bermenantukan?Bermenantu dan bermenantukan mempunyai makna yg berbeza. Bermenantu ialah mempunyai menantu. Contoh penggunaan dalam ayat:  Tidak lama lagi dia akan bermenantu pula. Manakala bermenantukan bermaksud mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil akan menantu. Contoh penggunaan dalam ayat, Kalau kita bermenantukan anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya. T.kasih.Tatabahasa06.09.2008
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan?Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai.Tatabahasa15.07.2011
12345678910

Kembali ke atas