Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIMENSI KEEMPAT

Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan

ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,

lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter

panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh

digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,

2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk

memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang–

contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.

Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat

mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang

bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang

sedang dalam penerbangan pada kedudukan

tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi

keempat, iaitu masa.

UMUM 
PULAU MARIA

Pulau Maria ialah pulau kecil (tidak lebih 19

kilometer panjang dan 13 kilometer lebar) di pantai

timur Tasmania, sebuah negeri pulau di Australia.

Penjelajah Belanda, Abel Tasman melawat pulau itu

pada tahun 1642. Pulau tersebut dihuni oleh Orang

Asli Tasmania sehingga kira-kira pada tahun 1820.

UMUM 
KODOK

Kodok ialah haiwan kecil, tidak berekor yang

hampir menyerupai katak. Kodok dan katak

kedua-duanya tergolong dalam kelas haiwan yang

dinamakan amfibia dan hidup sebahagiannya

dalam air dan sebahagian lagi di darat. Tetapi

kodok mempunyai badan yang lebih lebar, kulit

yang lebih kering dan kaki belakang yang lebih

pendek, kurang kuat daripada kebanyakan

katak.

UMUM 
AILANTUS

Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di

bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat

ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus

mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang

licin dan mengeluarkan buah berwarna perang

kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat

sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari

China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara

lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan

pokok berdaun jejarum (gambar)).

UMUM 
MINK

Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus

dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5

kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya

berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65

sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu

lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang

diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai

bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan

putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama

diperlukan oleh industri bulu, yang

menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole,

dan pakaian lain.

UMUM 
ATAKSIA

Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot.

Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada

bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor

melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan.

Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak

yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat

demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan

rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia

memejamkan matanya.

UMUM 
TASIK BALKHASH

Tasik Balkhash ialah sebuah tasik yang besar,

terletak di bahagian tenggara Kazakhstan. Tasik

tersebut terletak 342 meter di atas aras laut dan

luasnya 17 275 kilometer persegi. Lebar tasik

Balkhash hanya 10 kilometer di bahagian timur dan

87 kilometer di hujung bahagian barat. Air di

bahagian barat Tasik Balkhash tawar kerana

dimasuki Sungai Ili, tetapi terdapat air masin di

hujung bahagian timur. Beberapa buah sungai

mengalir ke dalam Tasik Balkhash, namun begitu

tasik tersebut tidak mempunyai laluan keluar. Ais

meliputi tasik tersebut dari bulan November

hingga bulan April. Untuk lokasi Tasik Balkhash,

lihat Kazakhstan (peta).

UMUM 
PLATIPUS

Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia

yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia

yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri.

Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik

kerana mempunyai muncung yang lebar, leper,

dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik.

UMUM 
PERGUNUNGAN SAINT ELIAS

Pergunungan Saint Elias ialah satu siri tanah

yang berceranggah di pergunungan berpantai

tertinggi di dunia. Pergunungan ini memanjang di

sempadan Alaska, tenggara Amerika Syarikat, dan

Wilayah Yukon, Kanada. Banjaran ini hampir 480

kilometer panjang. Lebar maksimumnya 160

kilometer, tidak termasuk dataran pantai dan jaluran

kaki bukit.

UMUM 
BIDUK

 

BIDUK, sejenis perahu yang tidak besar, biasanya berukuran 4.2 m panjang, 0.75m lebar dan 0.38 m tinggi.  Biduk dapat membawa antara dua hingga tiga orang penumpang sahaja.  Biduk dikenal dengan pelbagai nama mengikut bentuk, ukuran dan tempat.  Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, biduk dikenal sebagai sampan dan sampan riau.  Di pantai timur Semenanjung Malaysia, biduk dikenal sebagai mat rian dan perahu etok. Ada juga tempat yang memanggilnya sebagai belongkang, beranta, jampul, lopek, laca, ketiap, ludang atau seludang.  Biduk digunakan oleh nelayan pantai di sungai atau laut.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
12

Kembali ke atas