Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Belanga kurang,
     periuk yang melebih-lebih.

Bermaksud :

Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah pengguna bahasa Melayu di Malaysia boleh menggunakan ungkapan “segar malar” sebagai sinonim “malar segar”, seperti “lebih kurang” dapat bertukar ganti dengan “kurang lebih”?Istilah yang betul ialah malar segar, iaitu padanan untuk bahasa Inggeris "evergreen". Tidak ada istilah "segar malar' dalam pangkalan data kami. Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang".Istilah02.05.2012
Salam, Soalan pertama: Antara berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1) Lebih kurang 70-80 peratus bumi diliputi air 2) Lebih kurang 70 peratus-80 peratus bumi diliputi air Soalan kedua: Perlukah kata sendi nama diulang dalam ayat berikut dan apakah alasannya? - Mereka akan bercuti ke Perak dan ke Sabah. - Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan pada waktu petang. - Murid-murid yang berada di perpustakaan dan di makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya.1. Lebih kurang 70- 80 peratus bumi diliputi air.
2. Mereka akan bercuti ke Perak dan Sabah.
3. Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan petang.
4. Murid-murid yang berada di perpustakaan dan makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. 

Tidak perlu pengulangan kata kerana ayat tersebut sudah mantap.
Tatabahasa10.04.2013
'Berumur tidak kurang dari/daripada 30 tahun'. Apakah penggunaan yang lebih tepat, dari atau daripada?Ayat yang betul ialah "Berumur tidak kurang daripada 30 tahun".Tatabahasa04.08.2015
1. Jarak antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. 2. Jarak di antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. Ayat yang mana betul? Beza antara dan di antara? Mohon penjelasan.

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan- Ayat nombor dua lebih tepat

Tatabahasa31.08.2015
Assalamualaikum saya ingin tanya ayat di bawah ada kesalahan tidak 1. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. 2. Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer.Ayat yang betul ialah:
1. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
2. Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer.
Tatabahasa08.05.2014
Tuan/Puan, 1. Dalam keadaan mana sesuai digunakan perkataan "cukup” dan "mencukupi" ? Sekian, terima kasih.

Perkataan “cukup” digunakan untuk menunjukkan kuantiti dan kualiti yang diperlukan sudah mencukupi atau tidak kurang. Contoh ayat, “Gaji kamu sudah lebih daripada cukup.” Manakala mencukupi pula digunakan untuk menunjukkan tidak kurang daripada sepatutnya. Contoh ayat, “Mereka mempunyai dana yang amat mencukupi untuk menyiapkan projek itu.”

Makna13.04.2022
Adakah perkataan "awas" kata pinjaman dari bahasa Inggeris atau bahasa Belanda "avast" yang membawa maksud yang lebih kurang sama dengan maksud "awas" dalam bahasa Melayu?Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak merakamkan kajian asal usul kata atau maklumat etimologi bagi kata "awas". Daripada rujukan sepintas lalu, kata ini telah terakam dalam kamus bahasa Melayu dengan beberapa makna yang membolehkan kata ini bersifat kata pinjaman atau sebaliknya kata warisan. Kajian lanjut perlu dilaksanakan mengikut peraturan dan rumus, serta mendapat pengesahan pakar dalam bidang tersebut.Lain-lain28.01.2024
perbezaan antara "menguli" dan "mengadun"Tidak banyak perbezaan antara perkataan menguli dan mengadun. Kedua-duanya mempunyai makna yang lebih kurang sama iaitu menguli ialah meramas-ramas dan menekan-nekan seperti adunan roti, kuih dengan tangan untuk menyebatikannya, manakala mengadun ialah menggaul sesuatu campuran seperti tepung dengan air, susu dan santan supaya lebih sebati.Tatabahasa14.12.2021
Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah.

Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.

Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu.  Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.
Makna17.04.2014
Adakah penggunaan perkataan 'sederhana' dan 'standard' dalam ayat-ayat berikut tepat dan betul? (a) Saiz badan bapa saya sederhana. (b) Saiz badan bapa saya standard.Kebiasaannya bagi mengukur saiz badan kita akan mengunakan perkataan seperti kurus, gemuk dan gempal. Maksud sederhana yang digunakan ialah tidak lebih dan tidak kurang. Manakala standard pula bermaksud sesuatu yg dijadikan dasar utk sukatan.  Ayat yang betul dan tepat ialah Saiz badan bapa saya sederhana yang lebih sesuai digunakan.Tatabahasa12.12.2015
12345678910...

Kembali ke atas