Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Belanga kurang,
     periuk yang melebih-lebih.

Bermaksud :

Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENREK

Tenrek ialah nama bagi lebih kurang 30 spesies

mamalia kecil yang hidup terutamanya di

Madagascar . Terdapat dua jenis utama, tenrek tikus

kesturi dan tenrek landak . Spesies ini amat berbeza

dari segi rupa dan habitatnya. Tenrek tikus kesturi

mempunyai ekor yang panjang dan berbulu lembut.

Tenrek landak mempunyai ekor yang pendek atau

tidak berekor langsung, dan berduri keras bak jarum

di belakangnya. Sesetengah tenrek hidup di atas

pokok, sesetengahnya hidup di bawah tanah dan

yang lain hidup di dalam air.

UMUM 
SELAT MENAI

Selat Menai ialah selat yang sempit di antara

pulau Anglesey di Laut Ireland dengan tanah besar

Wales Utara. Selat ini lebih kurang 25 kilometer

panjang dan terbentang dari Beaumaris di timur

laut ke Abermenai Point di barat daya. Lebarnya

tidak sekata dari lebih kurang lima kilometer

hingga sekecil 180 meter. Bangor ialah bandar

yang terbesar di selat ini. Jambatan gantung Selat

Menai yang dibina oleh Thomas Telford terletak

berhampiran.

UMUM 
SOPHOCLES

Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406

S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat

antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi

penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling

awal daripada mereka bertiga – dan Euripides.

Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka

mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama

yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari

drama sebabak.

UMUM 
ARCADIA

Arcadia, salah satu bahagian di Greece pada masa

kini adalah kawasan yang penting pada zaman purba.

Lebih kurang 108 000 orang tinggal di kawasan yang

terdiri daripada gunung dan lembah subur di

Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Arcadia

adalah satu-satunya bahagian Peloponnesus yang

tidak diserang oleh orang Dorian pada tahun 1100-an

S.M. Orang Arcadia mengekalkan sebahagian besar

bahasa Yunani pra-Dorian. Pada tahun 500-an S.M.

Arcadia menyertai Liga Peloponnesus, perikatan

tentera yang terdiri daripada bandar-bandar di

Peloponnesus yang diketuai oleh Sparta. Bandar-

bandar Arcadia tetap setia kepada Sparta sehingga

tahun 369 S.M., apabila ia menubuhkan liga

pertahanannya sendiri. Tidak lama kemudian Liga

Arcadia berpecah, tetapi Liga Macedonia dan

kemudiannya Liga Achaean dan Aetolian melindungi

Arcadia.

UMUM 
SANDRINGHAM

Sandringham ialah estet luar bandar yang

digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya

di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut

King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII,

yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada

tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina

pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan

diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini

boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya

keluarga diraja tidak berada di sana.

UMUM 
STROMBOLI

Stromboli ialah sebuah pulau di Laut Tyrrhenian di

luar pantai timur laut Sicily (lihat Itali [peta muka

bumi]). Pulau ini meliputi lebih kurang 12 kilometer

persegi dan mempunyai 386 orang penduduk.

Stromboli terkenal kerana gunung berapinya yang

menjulang setinggi 924 meter. Gunung berapi ini

ialah salah sebuah daripada sebilangan kecil gunung

berapi di Eropah yang sentiasa aktif. Penulis zaman

purba pernah melaporkan aktiviti gunung berapi ini

berkurun-kurun yang lalu. Ledakan gunung berapi

yang membawa kemusnahan jarang-jarang berlaku

di Stromboli kerana laharnya mengalir bebas, dan

tidak mengumpulkan tekanan dalaman yang boleh

menyebabkan ledakan dahsyat.

UMUM 
PULAU MACKINAC

Pulau Mackinac (pend. 479) ialah sebuah pulau

di selat Mackinac (Michigan utara, Amerika

Syarikat (lihat Michigan ). Pulau ini meliputi

kawasan seluas lebih kurang 10 kilometer persegi.

Orang Asli Chippewa menamakan pulau ini

sebagai Michilimackinac, yang biasanya bererti

“Semangat Tinggi ” atau “Penyu Besar ”. Bandar di

pulau Mackinac terletak di bahagian tenggara.

Kereta tidak dibenarkan dibawa ke pulau ini. Feri

menghubungkan pulau ini dengan tanah besar.

Lumba kapal layar di air tawar yang terpanjang di

dunia dari Chicago ke Pulau Mackinac diadakan

pada setiap bulan Julai.

UMUM 
DIALEK MELAYU BERAUDIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, ‘orang’ dan ‘olak’ tetap urang dan ulak serta ‘lebar’ dan ‘sentak’ tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal.BAHASABahasa
PULAU WAKE

Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di

bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini

merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal

dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan

Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri

daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake,

Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi

kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer

persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang

300 orang. Dengan batu karang yang melengkung,

pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang

tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake

terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu

dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo.

Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh-

tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok-

pokok renek dan belukar.

UMUM 
SAKARIN

Sakarin ialah pemanis sintetik. Ia dibuat

daripada toluena dan petroleum. Sakarin lebih

kurang 300 kali semanis gula meja tetapi tidak

mempunyai karbohidrat dan tiada nilai makanan.

Sakarin juga mempunyai rasa pahit.

UMUM 
12345

Kembali ke atas