Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blow in doorspintu tambah udaraKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPintu berspring yang membenarkan udara masuk ke ruang enjin jet pesawat udara, semasa pesawat tersebut berada di darat. Pintu ini berfungsi sekiranya udara tidak diperoleh secukupnya melalui saluran biasa.
auxiliary air intake doorspintu tambah udaraKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPintu berspring yang membenarkan udara masuk ke ruang enjin jet pesawat udara, semasa pesawat tersebut berada di darat. Pintu ini berfungsi sekiranya udara tidak diperoleh secukupnya melalui saluran biasa. Sinonim: blowin doors.
closed systemsistem tertutupKejuruteraanPetroleumSistem pengelolaan air yang dibina sedemikian rupa supaya udara tidak dibenarkan masuk ke dalam sistem tersebut bagi mencegah terjadinya kakisan atau pembentukan kerak di dalam sistem berkenaan. Dalam sistem ini, air dan udara tidak akan bersentuhan. Sebagai contoh sistem ini ialah sistem pembuangan air garam yang biasanya digunakan untuk merawat air yang akan digunakan dalam operasi suntikan air atau operasi banjiran air.
airtightkedap udaraSukanTiadaKeadaan sesuatu sistem yang udara tidak boleh masuk atau keluar darinya.
hermetically sealed containerbekas kedap udaraMakanan dan PemakananTeknologi MakananBekas yang bertutup rapat supaya udara atau gas tidak boleh masuk atau keluar. Bekas ini lazimnya digunakan untuk makanan yang mudah teroksida.
airwaysalur udaraPerubatanTiada1. Laluan untuk udara keluar masuk pada paru-paru.,2. Alat mekanikal untuk memastikan pernafasan tidak terganggu terutama semasa pemberian anestesia am.
air breatherpenafas udaraKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang membolehkan udara mengalir masuk ke dalam sesuatu komponen atau mesin dan keluar dari sesuatu komponen atau mesin agar tekanan di dalam komponen seimbang dengan tekanan di luar komponen. Oleh itu, beza tekanan tidak akan merosakkan komponen atau mesin. Peranti ini kerap ditemui pada tangki hidraulik dan enjin pembakaran dalam.
steam fogkabut kukusSainsHidrometeorologiKabut yang terbentuk apabila wap air masuk ke udara yang lebih sejuk daripada punca wap; yang paling biasa adalah apabila udara yang sangat sejuk bertiup melintasi air yang agak panas. Walau apa pun keadaan punca wap (air panas, ekzos pembakaran industri, hembusan nafas), keseimbangan tekanan wapnya lebih tinggi daripada tekanan yang bersepadanan di dalam udara yang lebih sejuk. Oleh itu, wap air setelah bercampur dengan dan disejukkan oleh udara sejuk akan memeluwap dengan cepat. Mekanisme ini tidak membenarkan kabut sampai ke punca wap, dan juga, setelah percampuran lanjutan berlaku dalam aliran yang cukup bergolak atau dalam aliran olakan (hanya darjah yang kecil diperlukan), zarah kabut menyejat pada suatu had atas yang jelas bagi kabut. Walaupun alir lintang udara diperlukan untuk menghasilkan kabut kukus, ia jauh berbeza daripada kabut air lintang yang disebabkan oleh udara panas dan lembap yang bergerak di atas permukaan sejuk.
protected screentabir berpelindungTeknikElektrikPenutup motor berjaringan yang menghalang kemasukan benda-benda yang tidak dikehendaki, tetapi membenarkan udara keluar dan masuk.
plastic bag silosilo beg plastikVeterinarTiadaBeg plastik berbentuk tiub yang digunakan untuk menyimpan foraj dalam pembuatan silaj. Beg plastik ini mestilah tebal dan kuat supaya udara atau gas tidak mudah keluar masuk atau mudah terkoyak. Hal ini perlu supaya keadaan anaerobik dapat diwujudkan bagi menghasilkan silaj yang berkualiti.
12

Kembali ke atas