Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Biar jatuh terletak,
     jangan jatuh terhentak (= terhempas).

Bermaksud :

Lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epiphyteepifitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang hidup pada pokok lain tetapi tidak menarik atau mengambil makanan daripada pokok yang ditumpang. Contohnya, paku langsuyar (Asplenium nidus), tanduk rusa (Platycerium sp.), anggerik hujan (Dendrobium cruminatum) dan tepus terbang (Hedychium longicornutum).
insignificant newsberita remehKomunikasiTiadaBerita yang dianggap tidak begitu menarik minat para pembaca.
absenceketidakhadiranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKegagalan sesuatu pihak untuk menghadiri atau menarik diri daripada persidangan atau perbicaraan. Contohnya, Amerika Syarikat telah menarik diri dan tidak hadir semasa perbicaraan dalam kes Nicaragua lawan Amerika Syarikat.
visual blightkecacatan visualLandskapTiadaSesuatu objek yang boleh menyebabkan visual yang kurang menarik atau tidak menyenangkan. Contohnya, timbunan kereta rosak dan tapak pembuangan sampah.
paradoxical breathingpernafasan paradoksikalPerubatanTiadaKeadaan bentuk pernafasan yang tidak normal, iaitu semasa menarik nafas, dinding dada bergerak ke dalam dan sebaliknya semasa menghembus nafas.
protest movementgerakan protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq.
glory scatteringpenyerakan semarakKimiaTiadaKesan mekanik kuantum yang terhasil apabila molekul dengan parameter hentaman tertentu mendekati bahagian menarik keupayaan antara molekul dengan cara yang menyebabkannya terpesong ke arah teras penolakan, yang kemudian menolaknya keluar melalui kawasan menarik supaya molekul tersebut bergerak terus ke arah hadapan dengan molekul lain yang mempunyai parameter hentaman yang tinggi, dan dengan itu tidak terpesong.
pictogrampiktogramMatematikTiadaGambaran data dengan menggunakan lambang tertentu untuk mewakili kekerapan bagi perkara tertentu. Lambang yang digunakan mestilah ringkas dan mudah dilukis. Setiap lambang dalam sesuatu piktogram mempunyai saiz dan bentuk yang sama. Piktogram digunakan untuk mewakili data dalam cara yang menarik, tetapi tidak begitu jitu.
line of magnetic fieldgaris medan magnetTeknikElektrikGaris daya dari utara ke selatan magnet. Garis medan ini menolak antara satu dengan yang lain, dan tidak boleh memotong atau bercantum dengan garis daya lain. Cirinya menyerupai ciri magnet, iaitu kutub yang tidak serupa casnya menarik dan kutub yang serupa casnya menolak.
unique selling propositionsaranan jualan unitKomunikasiKorporatKaedah pemujukan mesej yang unik dalam pengiklanan. Melalui kaedah ini, mesej barangan atau perkhidmatan yang diperagakan perlu memiliki ciri eksklusif dan boleh menggambarkan pulangan faedah yang menarik serta istimewa, yang tidak didapati sebelum ini. Faedah tersebut biasanya berbeza dengan barangan atau perkhidmatan lain kerana kepentingannya kepada khalayak sasaran. Dalam pengiklanan, seseorang pengarah kreatif perlu bertanggungjawab memilih pendekatan persembahan iklan yang mempunyai ciri tersebut bagi memastikan peringkat keberkesanan penyampaian mesej yang tinggi. Keunikan inilah yang menjadi tema mesej sesuatu iklan. Contohnya, syampu jenis A mempunyai ciri keistimewaan yang sama dengan syampu jenis B. Walau bagaimanapun, pengiklan akan menggunakan kaedah saranan jualan unik bagi menonjolkan keistimewaan syampu jenis A dari segi keharumannya yang kekal lebih lama berbanding syampu lain di pasaran. Oleh itu, keistimewaan keharuman yang terdapat pada syampu jenis A dianggap sebagai sesuatu yang eksklusif dan unik.
1234567

Kembali ke atas