Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
footruasKesusasteraanTiadaUnit rentak atau irama dalam puisi atau prosa; satu bahagian dari satu karangan yang disukat menurut pelbagai bentuk suku kata (panjang dan pendek; yang ditekan dan tidak ditekankan) untuk penganalisisan struktur. Kebanyakan prosa moden ditulis tanpa kesedaran terhadap bentuk yang seumpama itu; puisi terbaharu yang bebas juga tidak disukat menurut sistem ini. Pada peringkat tertentu, prosa klasik dan perkembangan puisi Barat mengikuti juga corak perulangan atau sistem ruas. Variasi ruas dalam karangan menguatkan lagi rentaknya, sementara perulangan ruas dalam sesebuah puisi melahirkan polairama.
Oedipus complexkompleks OedipusPsikologiPsikologi UmumKeinginan seksual yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun terhadap ibu bapa. Menurut Freud, keinginan ini wujud pada peringkat falik atau oedipal daripada perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara tidak sedar, mereka berhasrat untuk memiliki ibu atau bapa yang berlawanan jantina dengan mengungkapkan kata-kata seperti �apabila dewasa saya akan berkahwin dengan ibu bapa saya�. Istilah ini diambil sempena nama Raja Legenda Greek, Oedipus yang membunuh bapanya untuk berkahwin dengan ibunya sendiri.
inversie/inversionsusun terbalik; inversiKesusasteraanTiadaUrutan kata yang menyimpang dari kebiasaan dan selalunya terdapat dalam pembentukan sesebuah puisi. Contoh: 'Puteri Zubaidah' menjadi 'Zubaidah Puteri' seperti syair di bawah. Gilang-gemilang cahaya berseri, Laksana bulan empat belas hari, Cantik majlis tidak terperi, Habis menurut Zubaidah Puteri.[hlm 445]
ethopoeticsetnopuitikaKesusasteraanTiadaPerihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky.

Kembali ke atas