Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sendeng(séndéng) 1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah; 2. (Mat) sempadan (pd sesebuah segi tiga tepat) yg letaknya bertentangan dgn sudut tepat; 3. bp agak kurang siuman, kurang ingatannya; ~-mendeng terhuyung-huyung (spt hendak jatuh); bersendeng bersandar: dia tidak duduk terus melainkan ~ pd tempat pegangannya sahaja; bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya: kalau angin kencang, layar perahu ~; menyendeng senget atau condong letaknya, miring: seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh; menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu); tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (spt hendak jatuh).Kamus Dewan Edisi Keempat
miring1 rendah sebelah; tidak datar. 2 tidak tegak; condong: Tulisannya ~ ke kanan. 3 senget sebelah (bkn perahu, kapal dll). 4 = otak ~ agak gila; kurang siuman. 5 berat sebelah (bkn hukuman); tidak adil. memiringkan meletakkan miring; mencondongkan; menyengetkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
miring1. rendah sebelah (lantai dll), tidak datar; 2. tidak tegak (letak sesuatu), condong: ia memakai songkok yg diletakkan ~ ke kanan; tulisan ~ tulisan condong; 3. senget (perahu, kapal, dll): kapal mereka mulai ~; 4. = otak ~ bp agak gila, kurang siuman; 5. ki berat sebelah (pengadilan, hukuman, dll), tidak adil; biar ~ asalkan jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali; memiringkan menjadikan (meletakkan, mem­buat) miring, mencondongkan, menyenget­kan: payung mereka dimiringkan ke sebelah.Kamus Dewan Edisi Keempat
miring1 rendah sebelah; tidak datar. 2 tidak tegak; condong: Tulisannya ~ ke kanan. 3 senget sebelah (bkn perahu, kapal dll). 4 = otak ~ agak gila; kurang siuman. 5 berat sebelah (bkn hukuman); tidak adil. memiringkan meletakkan miring; mencondongkan; menyengetKamus Pelajar
menegak1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia meng­hala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke pering­kat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);Kamus Dewan Edisi Keempat
senget /séngét/tinggi sebelah letaknya; tidak sama rata letaknya; miring; condong: Songkoknya ~ ke kanan.Kamus Pelajar
senget/séngét/ tinggi sebelah letak­nya; tidak sama rata letaknya; miring; con­dong: Songkoknya ~ ke kanan. menye­nget menjadi senget. menyengetkan me­letakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
imbal I1. tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah, tidak bulat betul (herot): meja itu ~ kerana kakinya tidak sama panjang; 2. ki berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dll), tidak seimbang: keputusan pertandingan itu ~; mengimbal 1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyenget, mengherot: tiang itu ~; 2. menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb): pertimbangannya mulai ~; mengimbalkan 1. menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyengetkan, mengherotkan; 2. menjadikan imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb); pengimbalan 1. perihal mengimbal atau mengimbalkan, penyengetan, pengherotan; 2. perihal menjadi(kan) berat sebelah, tidak adil dsb; pengimbal alat utk mengimbalkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
teleng(téléng) 1. miring ke sebelah letaknya (kepala, topi, dll), tidak tegak lurus, senget: kepalanya masih ~ dan dipukul-pukul dgn tapak tangan kiri; 2. (Sunda, Ph) juling: mata-nya ~; ~ bagai cupak hanyut prb perihal orang yg sombong yg tidak sedarkan ke-kurangan dirinya; menelengkan memiringkan ke sebelah, me­nyen­dengkan, menyengetkan, mencondong-kan: dia ~ kepalanya utk menjengah dan menjenguk orang-orang itu; terteleng dlm keadaan senget atau miring (kapal, perahu, kepala dll); biar ~ asal jangan tertangkup prb tiada mengapa rugi sedikit asal jangan habis semua sekali; terteleng-teleng terteleng berulang kali: kepalanya ~ spt menahan kemarahan yg tidak terperi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tohok I1. sj tombak (tempuling) yg dibubuh tali; 2. tusukan tombak yg miring dan arah ke bawah; ~ tunggang ke baruh (bawah) prb, Mn mudah mencelakakan orang yg di bawah perintahnya; ~ raja tiada dapat dielakkan prb kehendak orang besar tidak dapat ditolak; menohok menusuk miring (dgn tombak dll) arah ke bawah; ~ kawan seiring prb mencelakakan kawan sendiri; ~ sepeninggal ciling prb sudah selesai pekerjaan baru teringat bagaimana yg baik mengerjakannya; menohokkan melemparkan (menusukkan) tombak dll arah ke bawah; ~ lembing ke semak prb (pekerjaan yg) sia-sia.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas