Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BAGAIMANA CARA MUDAH MENERANGKAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PERBEZAAN PENGGUNAAN IMBUHAN ME...I DAN ME...KAN SEBAGAI KATA KERJA DI DALAM AYAT.Penerangan hendaklah dilakukan dengan terperinci kepada pelajar dan setiap penerangan disertai dengan latihan bagi mengukuhkan pemahaman mereka. Sebagai guru semestinya saudara lebih memahami akan permasalahan.Saudara boleh menggunakan Kamus Dewan sebagai rujukan dan menerangkan kepada pelajar makna setiap perkataan apabila mengalami proses pengimbuhan.

Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Harap maklum.
Tatabahasa08.05.2013
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah gramatis? 11Pakaian itu dicuci dengan tangan oleh ibu kerana mesin basuh rosak. 12Adik begitu gembira sekali apabila ayah membelikannya basikal. 13Ketua kampung berharap agar yang menjadi penghuni kampung ini. 14Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim 15Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa. 16Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 17Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga. 18Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. 19Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu. 20Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu. 21Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan dapat diselesaikan sahaja. 22Farah tidak lalu hendak makan di gerai yang kotor ituAyat-ayat di atas betul kecuali ayat-ayat yang dinyatakan di bawah:

13) Ayat ini tergantung. Siapakah yang diharap untuk menjadi penghuni kampung tersebut?
19) Ayat yang lebih tepat ialah "Usahlah risau akan masalah yang ringan itu".
21) Buang perkataan sahaja.
Tatabahasa13.05.2020
Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya.

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:

i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Tatabahasa18.09.2011

Kembali ke atas