Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Takkan bernanah sebelum bengkak.

Bermaksud :

Tidak mungkin dihukum kalau belum melakukan kesalahan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana untuk mengetahui bahawa sesuatu perkataan itu berimbuhan sisipan. Seperti perkataan geroda tidak mungkin ia daripada perkataan goda atau berudu tidak mungkin dari perkataan budu. Adakah kemuncak imbuhan sisipan dari kata dasarnya puncak? Sekian terima kasih.

Saudara,

Untuk mengetahui sama ada sesuatu perkataan itu berimbuhan atau tidak, saudara hendaklah menggunakan kamus. Kamus hanya menyenaraikan  kata tunggal atau kata dasar  sesuatu perkataan.

Lain-lain21.10.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan ditelan zaman( berdasarkan sajak- jasamu tidak mungkin pudar ditelan zaman.Berdasarkan ayat tersebut, maksud ditelan zaman ialah hilang mengikut peredaran zaman. Maksud sesuatu ayat tersebut hendaklah berdasarkan konsep. Terutama sajak dan puisi yg mempunyai maksud tersirat.Makna24.05.2010
Tidak dapat memandi,melihat,mengkafan,menghantar jenazah ibu pusara adalah hakikat serta peristiwa yang tidak mungkin dilupakan Hasmira dan Hamzah dan ahli keluarganya akibat dijangkiti koronavirus. Tuan,bolehkah saya tahu mana-mana ada beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan imbuhan dan lain-lain?Susunan ayat yang betul ialah “Tidak dapat memandikan, melihat, mengafankan dan menghantar jenazah ibu ke pusara akibat dijangkiti koronavirus merupakan sebuah hakikat dan peristiwa yang tidak mungkin dilupakan Hasmira, Hamzah dan ahli keluarganya.Tatabahasa06.01.2021
Salam Tuan/Puan, Setahu saya perkataan 'ianya' tidak boleh digunakan dalam ayat. Bagaimana sekiranya terdapat ayat yang berbunyi "ianya tidak mungkin berlaku" atau "statistik tidak langsung menunjukkan ianya merosot". Sekian, terima kasih.Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "ia tidak mungkin berlaku" dan "statistik tidak langsung menunjukkan kemerosotan".Tatabahasa20.03.2015
Salam sejahtera Nama:Raudhah 'Aqeela Zamiruddin Soalan:antara temu janji dan janji temu mana yang betul.berikan alasanyaJanji temu yang betul. Alasannya. seseorang akan janji dahulu sebelum bertemu. Tidak mungkin seseorang akan bertemu dahulu kemudian berjanji.T.kasih.Lain-lain01.08.2008
Apakah istilah Melayu bagi kata "internship"? Kita maklum bahawa "praktikum" istilah Melayu bagi "practicum", iaitu latihan mengajar selama beberapa bulan di sekolah. "Praktikum" tidak mungkin disamakan dengan "internship" dalam konteks pendidikan. "Praktikum" memfokuskan pengaplikasian kaedah pengajaran dan segala teori pendidikan yang dipelajari di sekolah, manakala "internship" pula memfokuskan pengumpulan data di sekolah untuk penullisan tesis. Oleh itu, apakah istilah Melayu padanan yang paling tepat untuk kata "internship" berdasarkan buku peristilahan DBP?Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan internship. Walau bagaimanapun, kami akan mencadangkan beberapa padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut yang mungkin bersesuaian dengan konteks dan konsep penggunaan tuan, antaranya  ialah latihan amali, latihan dalaman atau latihan praktikal. 
Istilah28.12.2020
Berdasarkan Kamus Dewan, keturunan bermaksud 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. Dengan merujuk kepada maksud keturunan, wajarkah keturunan seseorang warganegara Malaysia dikatakan India? Berdasarkan definisi perkataan keturunan, seseorang warganegara Malaysia tidak mungkin mewarisi India ataupun memiliki apa-apa hak di negara India. India hanya wujud dengan kesatuan beberapa buah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan budaya, bahasa dan adat mereka tersendiri. Apa yang boleh diturunkan oleh nenek moyang ialah bahasa ibunda dan budaya. Apa yang telah saya mewarisi daripada nenek moyang saya ialah bahasa Tamil dan budaya kaum Tamil. Maka, keturunan, kaum dan bangsa saya ialah Tamil. Saya juga ingin bertanya tentang kewajaran India dirujuk sebagai suatu kaum dan bangsa kerana India ialah sebuah negara kerana bangsa ialah jenis manusia drpd satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan . Mengikut definisi bangsa yang pertama, bangsa saya ialah Tamil manakala bangsa saya ialah bangsa Malaysia jika merujuk kepada definisi kedua. Kaum pulu dirujuk sebagai golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. Maka, kaum saya ialah Tamil. Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak Dewan Bahasa mengenai kenyataan saya dan penjelasan mengenai soalan saya.

Untuk makluman tuan, takrifan dalam Kamus Dewan merupakan takrifan yang digunakan dari sudut bahasa. Kamus Dewan mentakrifkan India (dari segi bahasa) ialah bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India.  Perkataan Tamil pula bermaksud bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka.

Makna29.08.2019
tolong semak kesalahan dalam ayat berikut :- Pencuri yang bersembunyi di atas sepohon kayu itu menggigil apabila disalak anjing. terima kasih.Ayat ini tidak tepat dari segi fakta kerana pohon bermaksud pokok dan tidak mungkin orang boleh duduk di atas pokok.Tatabahasa19.02.2013
apakah yang dimaksudkan dengan delinkuen dan utopia?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, utopia ialah masyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dll) yg ideal atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yg tidak mungkin dapat diwujudkan). Delin kuen pula ialah bersikap melanggar undang-undang (yg tidak serius) atau melakukan perkara yg tidak diterima masyarakat. Harap maklum.Makna04.08.2008
Adakah perkataan temujanji tidak lagi digunapakai? Sebaliknya perkataan janji temu yang harus digunakan? Kerana janji dahulu baru bertemu kemudian. Adakah rapat atau jarang? (Janji temu atau Janjitemu) Terima kasihJanji temu ejaan yang betul. Alasannya. seseorang akan janji dahulu sebelum bertemu. Tidak mungkin seseorang akan bertemu dahulu kemudian berjanji.T.kasih.Ejaan30.09.2019
12345678910...

Kembali ke atas