Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beyond design basis accident (BDBA)kemalangan melebihi reka bentuk asasSains NuklearKejuruteraan ReaktorUrutan kemalangan yang dijangka berlaku tetapi tidak dipertimbangkan sepenuhnya dalam reka bentuk asas reaktor nuklear kerana dianggap hampir mustahil untuk berlaku. Sinonim design extension conditions (DEC).
Heisenberg uncertainty principleprinsip ketakpastian HeinsenbergFarmasiTiadaPrinsip yang menyatakan bahawa momentum dan kedudukan zarah seperti elektron mustahil dapat diukur dengan tepat. Ketakpastian ini tidak mempunyai kaitan dengan ralat dalam alat pengukuran atau ralat yang dihasilkan oleh pencerap, tetapi timbul daripada kenyataan bahawa zarah juga mempunyai perlakuan seperti perlakuan gelombang dan mengganggu sistem dengan cara yang tidak dapat diramalkan.
armisticearmistisSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan awal penamatan perang yang paling berkesan, iaitu apabila kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk menghentikan peperangan sementara menanti penyelesaian damai. Persetujuan tersebut bukan merupakan perjanjian damai, dan tidak bermakna secara sah menamatkan perang tetapi membuka jalan bagi persetujuan damai. Persetujuan ini biasanya dilakukan dengan persetujuan dua hala. Kadangkala dalam keadaan perjanjian damai hampir mustahil untuk diwujudkan, gencatan senjata boleh merintis perdamaian. Contohnya, dalam kes hubungan antara Israel dengan negara- negara Arab, rundingan damai menjadi de facto kepada status quo tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun 1949 apabila perjanjian gencatan senjata antara negara Arab dengan Israel dimeterai sehingga membawa kepada perjanjian damai Camp David. Sinonim perjanjian gencatan senjata.
one-way hash functionfungsi cincang sehalaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerFungsi matematik, H, yang menggunakan operasi cincangan sehala untuk memetakan suatu mesej bersaiz rambang. M, kepada suatu mesej ringkasan. MD, yang bersaiz tetap. Fungsi cincangan sehala mempunyai ciri unik yang mudah untuk memperoleh MD daripada H(M) atau pengaplikasian fungsi cincangan sehala pada mesej, tetap mustahil untuk memperoleh M daripada H(MD), atau penyongsangan fungsi cincangan sehala pada ringkasan mesej. Hal ini disebabkan beberapa bit data daripada mesej M telah dibuang untuk memperoleh MD yang bersaiz tetap dan tidak boleh diperoleh semula walaupun fungsi cincangan disongsangkan. Fungsi ini sangat peka terhadap perubahan bit data dalam mesej. Sekiranya terdapat bit yang berubah, maka nilai MD untuk M akan turut berubah. Oleh sebab saiz MD adalah tetap dan biasanya jauh lebih kecil daripada mesej M, MD sesuai digunakan sebagai tandatangan untuk mengesahkan keaslian M. Sekiranya nilai MD boleh diperoleh semula daripada mesej M yang diterima, maka tiada perubahan berlaku pada mesej M. Lihat juga cincangan sehala.

Kembali ke atas