Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALASKA

Alaska ialah negeri yang paling utara di Amerika

Syarikat. Alaska ialah negeri yang terbesar dari

segi keluasan, tetapi penduduknya tidak padat.

Anchorage ialah bandar di Alaska yang mempunyai

penduduk yang paling padat dan menjadi pusat

perdagangan dan pengangkutan yang utama.

Juneau, ibu negerinya, meliputi 8050 kilometer

persegi. Dari segi keluasan, ia ialah bandar kedua

terbesar di Amerika Syarikat.

UMUM 
TALKUM

Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah

mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan

yang rata licin, dan dalam bongkah yang

padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores

dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris.

Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa

ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak

lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau

kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang

padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di

Mesir dan China purba.

UMUM 
AVALANCHE

Avalanche ialah kumpulan besar salji yang

menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan

avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang

menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak

stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan

letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor

turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche.

Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji

kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang

bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam.

Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah,

yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan

daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche

salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah

menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan-

kepingan kecil semasa ia menggelongsor.

UMUM 
RACINE, JEAN

Racine, Jean (1639–1699) adalah antara penulis

drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada

Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan

klasikal untuk penggubahan, termasuk

penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya

yang unggul adalah kesederhanaannya.

Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah

terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi.

UMUM 
MALTA

Malta ialah negara pulau yang terletak

berhampiran bahagian tengah Laut Mediterranean,

kira-kira 95 kilometer di selatan Sicily. Ia

merupakan sekumpulan beberapa pulau; tiga

daripadanya didiami penduduk, iaitu Malta, Gozo,

dan Comino, dan tiga pulau kecil yang tidak

didiami, iaitu Cominotto, Filfla, dan Selmunett

(Pulau St. Paul’s). Malta adalah salah sebuah negara

yang paling padat penduduknya di dunia.

UMUM 
NEW JERSEY

New Jersey (pend. 7 748 634) ialah negeri industri

yang penting di timur laut Amerika Syarikat. Ia

terletak di wilayah Atlantik Tengah negara tersebut,

di antara Sungai Delaware dengan Sungai Hudson.

Trenton ialah ibu negerinya. Bandar New Jersey

yang kecil dan tidak sibuk ini berbeza sama sekali

daripada bandar raya industrinya yang besar. New

Jersey mempunyai penduduk yang lebih padat

berbanding dengan negeri-negeri lain. Tempat

peranginan di sepanjang kawasan pinggir laut

menarik berjuta-juta pelancong ke negeri tersebut

setiap tahun.

UMUM 

Kembali ke atas