Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Besar kayu dua pemeluk,
     Hendak ditebang berdiri duduk;
Kalau tidak panjang penjolok,
     Mana mendapat bunga yang elok.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selokaselokaKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�.
stringrentetanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSusunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden.
diaphysisdiafisisBiologiHistologi dan Sitologi1. Bahagian ruas tulang panjang, tidak termasuk kedua-dua bahagian bonggolnya. 2. Bahagian tulang panjang yang terbentuk daripada pusat primer pengosan. 3. Pucuk yang tak normal pertumbuhannya.
Grashof’s lawhukum GrashofMekanikGunaanHukum yang menyatakan bahawa, untuk rangkain satah empat anggota, hasil tambah bagi panjang penghubung yang paling pendek dan paling panjang tidak boleh melebihi hasil tambah panjang penghubung yang dua lagi jika putaran nisbi yang berterusan di antara dua anggota yang dikehendaki. Hukum ini memastikan bahawa salah satu anggota yang berkenaan, terutamanya yang terpendek, akan berputar secara berterusan nisbi terhadap penghubung yang tiga lagi.
glycosaminoglycan (GAG)glikosaminoglikan (GAG)FizikNanoteknologiPolisakarida panjang tidak bercabang yang terdiri daripada sambungan berbilang unit disakarida. GAG merupakan komponen penting untuk menyambung tisu. GAG yang diikat secara kovalen pada protein akan membentuk proteoglikan. Contoh GAG ialah kondroitin sulfat, dermatan sulfat dan keratan sulfat.
zillmerisationzilmerisasiPentadbiran PerniagaanTiadaProses dalam penilaian aktuari yang sebahagian perolehan perniagaan jangka panjang tidak dilunaskan tetapi ditolak daripada rizab matematik.
batonbatonSukanTiada1. Batang logam berbentuk silinder yang dipegang oleh peserta dalam acara lari berganti-ganti. Berat baton tidak kurang daripada 50 gm dan panjang tidak lebih daripada 30 cm.
amyloseamilosaHerbaFitokimiaKomponen kanji yang tidak larut dalam air sejuk. Amilosa terdiri daripada beberapa ratus unit glukosa yang diikat melalui ikatan 1,4’-?-glikosida dan membentuk rantai panjang tidak bercabang. Rantai ini berpintal dengan enam unit monosakarida dalam satu pusingan yang distabilkan oleh ikatan hidrogen. Komponen inilah yang menghasilkan warna biru keunguan apabila kanji bertindak balas dengan iodin. Lihat juga kanji. Banding amilopektin.
amyloseamilosaKimiaBiokimiaKanji yang larut di dalam air dan terbentuk daripada unit-unit glukosa yang diikat melalui ikatan 1,4-glikosida hingga membentuk rantai panjang tidak bercabang. Rantai ini berpintal, distabilkan oleh ikatan hidrogen dan mempunyai 6 monosakarida dalam satu pusingan.
benchbangku; bangku panjangKesenianTiadaBangku yang panjang dan tidak mempunyai penyandar.
12345678910...

Kembali ke atas