Kurik Kundi Merah Saga | Pecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau pecah piring ini, Saya tidak berkirim lagi; Kalau sudah nyanyi ini, Saya tidak menyanyi lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir ke pekan membeli mangkuk, Mangkuk pecah dibeli lain; Gunung intan jangan merajuk, Hatiku tidak pada yang lain. |