Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kalau pecah piring ini,
     Saya tidak berkirim lagi;
Kalau sudah nyanyi ini,
     Saya tidak menyanyi lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti bunyi gung pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak sedap didengar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
utuh1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih ~; 2. tidak ber-pecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus; seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah); keseutuhan kesatuan; mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna); keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, ke-bulatan, kesempurnaan: menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa pengantar pendidikan memang jelas ke-lihatan pd hari ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
bulat1. spt bola bentuknya: matanya yg ~ dan merah menentang mukaku; 2. bundar spt talam atau duit syiling; 3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dll), dgn keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu: seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya; kepercayaan yg ~; ~ bujur = ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong); ~ cekung lekuk yg melengkung; ~ cembung cembung yg melengkung; ~ fikiran tetap (teguh) fikiran; ~ geter Kl bulat benar (sungguh); ~ hati a) lurus hati; b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh; ~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia; ~ leting Kd betul-betul bulat; ~ lurus panjang bulat spt buluh; ~ mata biji mata; ~ pipih bulat dan pipih (spt duit syiling); ~ suara semuafakat; ~ tekad tetap hati; ~ torak bulat lurus; nombor ~ bukan nombor pecahan; telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun; ~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat prb, Mn kata sepakat tercapai dgn mesyuarat; ~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan prb, Mn sudah semuafakat benar-benar;sebulat dgn sangat bulatnya: keputusan ~ suara; mereka telah ~ pakat akan pindah dr sana;bulat-bulat 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing; Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;membulat 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan;membulati mengambil seluruhnya;membulatkan 1. membuat bulat (bundar); ~ tinju mengepalkan tangan; 2. menjadikan padu, memadukan; ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dll) menetapkan fikiran dll, mengarahkan fikiran dll kpd; ~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dgn pendapat yg bulat; bulatan sesuatu yg bulat, lingkaran: ~ bumi;buatlah satu ~ dlm segi tiga itu;kebulatan perihal bulat, kepaduan: ~ fikiran (muafakat, tekad, dll);berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita;pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dll): pengiraan yg melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah I1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~-~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu, mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat, spt , , . ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya, spt , . perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peroi I1. mudah pecah-pecah (tanah dll), tidak padat (padu), gembur: tanah itu ~ dan senang dikerjakan; 2. = seroi Kd nasi yg tidak boleh dikepal-kepal kerana kurang air; memeroikan menjadikan peroi, menggem­burkan, menghancurkan: menggali dan membajak utk melonggarkan atau ~ tanah; keperoian perihal, sifat atau keadaan peroi (tidak padat).Kamus Dewan Edisi Keempat
letup Ibunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~ tiga degumnya; letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dll); meletup pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; meletupkan menjadikan meletup, meledak­kan: maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar; letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian mele­paskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; peletupan perihal atau perbuatan meletup­kan, peledakan; peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup.Kamus Dewan Edisi Keempat
lekang1. pecah atau retak (kerana kena panas spt tanah dll), merekah; bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan; 2. mudah tanggal (isi buah dr biji, cat dr kayu, dll), longkah, tidak melekat; rambutan ~ rambutan yg isinya mudah terkopek dr bijinya; 3. tidak henti­-henti, sentiasa: saya tidak ~ memegang peta; tak ~ di bibir selalu disebut-sebut; tak lapuk dek hujan, tak ~ dek panas prb adat yg tidak berubah-ubah (kekal); berlekang tidak lagi bersama-sama (sahabat dll), bercerai, berpisah: pd suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah sangat; melekang 1. pecah atau belah (bibir, tanah, dll); 2. tanggal atau longkah (cat dll); melekangkan 1. menjadikan lekang; 2. ki memisahkan (memalingkan) drpd: ia tidak dapat ~ matanya drpd peristiwa yg sedang berlaku di depannya; pelekang ki sesuatu yg melekangkan (meng­hilangkan penyakit dll, memisahkan): nasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih.Kamus Dewan Edisi Keempat
berberaianberpecah-pecah tidak keruan: Perusuh-perusuh tsb telah lari ~ apabila sepasukan polis tiba.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berberaianberpecah-pecah tidak keruan: Perusuh-perusuh tsb telah lari ~ apabila sepasukan polis tiba.Kamus Pelajar
berai; berberaian berpecah-pecah tidak keruan: Perusuh-perusuh tsb telah lari ~ apabila sepasukan polis tiba. memberai-beraikan 1 membuat sesuatu menjadi berserak-serak. 2 menyiarkan (khabar dsb) ke mana-mana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebal simpulkebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas