Bagai perian pecah. | Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bunyi gung pecah. | Suara yang tidak sedap didengar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan berebutkan tembikar pecah. | Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbunyi batu berbunyilah dia. | Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung. | Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |