Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kalau pecah piring ini,
     Saya tidak berkirim lagi;
Kalau sudah nyanyi ini,
     Saya tidak menyanyi lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti bunyi gung pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak sedap didengar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
core preservationpengawetan terasKejuruteraanPetroleumUsaha menjaga atau memelihara keadaan teras supaya tidak mengalami kerosakan fizikal seperti menjadi pecah-pecah, menyerpih atau menjadi peroi setelah teras itu dikeluarkan dari cerompong teras. Kaedah pengawetan yang biasa dijalankan termasuklah menyalutkan teras itu dengan bahan plastik yang dileburkan. Apabila bahan plastik itu membeku kembali, ia akan menyalut teras dengan kuat. Cara lain mengawet teras ialah dengan menyimpan teras itu di dalam bejana yang kedap angin atau di dalam kotak aluminium yang dipaterikan.
safety glasskaca keselamatanKimiaTiadaKaca yang diolah supaya tidak mudah pecah atau berkecai semasa kena hentaman. Misalnya, kaca berdawai dan kaca berlamina. Kaca berlamina terdiri daripada dua keping plat kaca dengan polivinil butiral di tengahnya. Bahan polivil tersebut melekat pada kaca sehingga kaca tidak pecah berkecai semasa hentaman. Kaca keselamatan digunakan untuk membuat cermin kenderaan, kaca kalis peluru dan kaca mata keselamatan.
ikat kepit tibang (Ib.)ikat kepit tibang (Ib)KesenianTiadaIkatan pengukuh untuk melekapkan bakul yang dibuat menghubungkan bingkai secara berjerenjang agar tidak pecah.
acheneakenBotaniTiadaBuah kering berbiji satu yang terbentuk daripada karpel tunggal, dan tidak pecah untuk memudahkan pengeluaran biji di dalamnya. Kulitnya tidak melekat pada perikarpa.
shatter proof glasskaca kukuhKesenianTiadaKaca yang tidak mudah pecah dan berkecai.
breachpecah; mungkir; langgarUndang-undangTiadaPerbuatan tidak mematuhi, tidak mengikuti, menentang, cuai, memecah, melanggar undang-undang, kontrak, janji, perjanjian, adat, hak, kewajipan dan sebagainya.
Insulation breakdownpecah tebatTeknikElektrik1. Lihat pecah. 2. Simpang separuh pengalir yang tidak berfungsi sebagai dinding penghalang aliran arus.
prism Porroprisma PorroFizikOptikPrisma bersudut tepat dan berbucu bulat supaya tidak mudah pecah dan mudah digunakan dalam sistem optik.
anchorage zonezon tambatanKejuruteraanKejuruteraan BangunanBahagian konkrit tegasan yang terletak bersebelahan dengan tambatan, yang juga mengalami tegasan sekunder akibat daripada daya prategasan. Di bahagian ini, konkrit mungkin akan pecah jika tidak diperkuatkan dengan tetulang untuk merintangi daya-daya tegangan. Di dalam penyediaan konkrit prategangan pula, di bahagian ini akan menerima pemindahan tegasan-tegasan ikatan.
form resistant structuresbangunan struktur kuatKesenianSeni BinaBangunan yang direka supaya tahan terhadap ancaman semula jadi dan dapat menanggung beban yang berat, tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh. Kekuatan sesuatu struktur bangunan lazimnya bergantung pada jenis bahan yang digunakan, saiz struktur dan bentuk struktur. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan binaan yang diperbuat daripada kayu.
1234

Kembali ke atas