Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marginalizationketerpinggiranSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan.
accessory mineralmineral aksesoriGeologiTiadaMineral yang kehadirannya di dalam batuan tidak penting untuk pengelasan wajar suatu batuan. Mineral ini biasanya terdapat dalam jumlah yang kecil.
absence of triviaketiadaan remehSejarahTiadaKetiadaan sesuatu yang bersifat tidak penting atau tidak berharga atau perkara-perkara yang remeh-temeh sahaja, biasanya dalam catatan penulisan sejarah.
ellipstanggalan/elipsKesusasteraanTiadaBahagian yang dihilangkan secara gramatikal dalam sesebuah naskhah mungkin penting, tetapi tidak penting untuk kejelasan erti. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah nama Laksamana Hang Tuah gelarannya hanya dapat diganti dengan perkataan Laksamana sahaja.
abstract data typejenis data abstrakTeknologi MaklumatPerisianJenis data yang pelaksanaan atau perwakilan menjadikannya tidak penting oleh set fungsi yang lengkap untuk membentuk, mencapai dan melaksanakan data tersebut. Perwakilan ini boleh diubah, dikemas kini atau dibaiki tanpa memberi kesan kepada atur cara yang menggunakan jenis data tersebut. Contoh jenis data abstrak ialah timbunan yang mempunyai pengendalian push dan pop.
dichotomous searchcarian dwikotomiKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pengoptimuman fungsi dengan menggunakan pasangan julat pada jeda tertentu dengan kawasan yang tidak penting ditinggalkan.
classical field theoryteori medan klasikFizikModenTeori tentang taburan tenaga, jirim, dan kuantiti fizik lain dalam keadaan yang tabii diskretnya tidak penting, dan taburan ini dianggap sebagai fungsi selanjar kedudukan.
trivializationabaian/trivialisasiKesusasteraanTiadaPenghilangan atau pengubahan bahagian naskhah yang dianggap tidak penting oleh penyalin. Contoh: terdapat bahagian dalam versi A, dan tidak terdapat lagi dalam versi B.
proximate factorfaktor proksimatBiologiEkologiAspek-aspek sekitaran yang digunakan oleh organisma sebagai isyarat untuk lakuan yang khusus, misalnya waktu pagi merangsangkan ayam jantan untuk berkokok. Faktor proksimat selalunya tidak penting secara langsung kepada kehidupan organisma.
electrostatic coalescencecantuman elektrostatikSainsHidrometeorologi1. Cantuman titisan awan yang diaruh oleh tarikan elektrostatik di antara titisan yang bertentangan cas. Kini proses ini dirasakan tidak penting dalam penghasilan kerpasan kerana campuran sempurna titisan-titisan yang bertentangan cas tidak pernah ditunjukkan dengan jelas. 2. Cantuman dua awan atau titisan hujan yang teraruh oleh kesan pengutuban hasil daripada medan elektrik luaran.
12345678910...

Kembali ke atas