Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi" atau "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi"? Jika digunakan sendi nama "dengan" dengan maksud "bersama", adakah frasa ini bermaksud sokongan keilmuan pada asal bersama dengan sokongan peribadi tetapi perlu dipisahkan, jadi dengan makna "bersama" ini sendi nama "dengan" digunakan? Sendi "daripada" tidak dapat digunakan kerana frasa ini tidak menunjukkan bandingan berbeda ataupun maksud sebahagian: "sokongan keilmuan" dan "sokongan peribadi" setaraf, tidak boleh dikatakan bahawa "sokongan peribadi" badan "sokongan keilmuan" dan "sokongan keilmuan" bahagian badan induk "sokongan peribadi", jadi "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" bermaksud memisahkan bahagian "sokongan keilmuan" daripada badan induk "sokongan peribadi" - maksud tidak kena kerana kedua-dua jenis sokongan setaraf! Sila beritahukan pendapat tuan.Kami berpandangan kedua-dua frasa ini "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" dan "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi", betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan. Seperti yang tuan maklumi kedua-dua kata sendi nama daripada dan dengan mempunyai fungsi yang berbeza, maka penggunaan kedua-dua perkataan tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa15.12.2016
Mohon bantuan untuk terjemahan personal shopper; adakah pembeli peribadi, pembeli-belah peribadi atau ada terjemahan lain yang bersesuaian?Untuk makluman, istilah "personal shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Peribadi.Penyemakan dan penterjemahan23.10.2018
adakah perkataan personal telah boleh digunapakai seerti dengan peribadi. adakah ia bahasa inggeris @ telah dimelayukan?Padanan dalam bahasa Melayu bagi personal ialah peribadi, bermakna penggunaan personal tidak digalakkan kerana penggunaan istilah dalam bahasa Melayu diutamakan.Istilah10.05.2010
Apakah perbezaan antara 'akaun persendirian' dan 'akaun peribadi'?Dalam buku Daftar Istilah Kewangan, istilah yang digunakan ialah akaun persendirian, tidak ada maklumat akaun peribadi dalam pangkalan data kami.Istilah04.01.2017
Ayah menasihatkan abang supaya tidak mencampuradukkan masalah peribadi dengan masalah di tempat kerja. Apakah kesalahan yang ada pada ayat ini? Terima kasih.Ayat ini betul.Tatabahasa02.03.2012
apakah maksud karakter?

Saudara,

Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita.

Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu.

Makna16.09.2010
Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif?Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang.Tatabahasa24.03.2012
Assalammualaikum, mohon bantuan mengenai perkataan prasarana. Masalahnya ialah kami sedang melaksanakan kerja projek penulisan ilmiah untuk mata pelajaran Pengajian Am peringkat STPM. Tajuk yang diberi sekadar berbentuk tema iaitu, pengangkutan:prasarana. Jadi mohon bantuan menghuraikan cakupan prasarana dalam konteks ini adakah meliputi pengangkutan awam sahaja dan tidak boleh menyentuh pengangkutan peribadi seperti kereta atau motosikal? Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas (seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan. Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi tidak termasuk dalam huraian berkenaan.Makna12.04.2013
saya ingin membuat aduan sekiranya permohonan unruk pengesahan bahasa saya tidak luus, siapa saya perlu saya hubungi untuk pertanyaan dan semakan, sebab sesudah dua kali tidak lulus, ulasan pula tak berkaitan..harap bantu t.kasihSila hubungi kami di talian 03-21479400/9600, kami cuba menghubungi tuan, namun malangnya maklumat peribadi tidak dapat dipaparkan.Lain-lain24.11.2015
Mohon semak ayat ini atau boleh diringkaskan lagi untuk dipamerkan di premis PPUKM. Terima kasih. ' Sila pastikan keselamatan barang-barang milik peribadi tuan/puan sepanjang masa semasa tuan/puan berada di dalam kawasan PPUKM. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian atas barang-barang milik tuan/puan. Terima kasih. 'Ayat yang betul seperti yang berikut:

Sila pastikan barangan peribadi anda berada dalam keadaan selamat sepanjang berada di dalam kawasan PPUKM. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian barangan peribadi anda.
Penyemakan dan penterjemahan23.04.2014
123456

Kembali ke atas