Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
مستورperibadi tidak jelas (saksi)Agama IslamFiqhlihat: مجهول الحال
مجهول الحالperibadi tidak jelas (saksi)Agama IslamFiqhSeseorang saksi yang tidak dapat dikenali latar belakang peribadinya.
confessional poetrypuisi pengakuanKesusasteraanPuisiPuisi kisahan yang mengandungi suatu pengakuan yang sangat peribadi sifatnya. Pengakuan itu tidak semestinya dilafazkan oleh pengarang, tetapi mungkin juga oleh watak dalam puisi itu. Contohnya, puisi "Nyanyian Angsa" dan "Sajak Anak Muda" karya W.S. Rendra.
impressionistic criticismkritikan impresionistikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang termampu pada tindak balas peribadi pengkritik terhadap sesebuah karya sastera. Kritikan ini berusaha menghasilkan kembali tanggapan peribadi pengkritiknya. Oleh sebab itu, kritikan ini tidak memanfaatkan mana-nmana teori sastea untuki mengalisis teks. Kebebasan kritikan ini dikawal oleh kritikan baru dan kritikan praktikal yang mementingkan tatacara analisis teks sastera yang lebih formal sifatnya. Contoh pengkritik terkemuika yang mengamalkan kritikan ini laah Walter Pater (1839-1894).
personal penaltiespenalti peribadiSukanTiadaHukuman terhadap pemain kerana tidak sopan, bermain bahaya, dan sengaja melanggar peraturan.
personal filmfilem peribadiKomunikasiTiadaFilem yang bersifat percubaan dan selalunya tidak mematuhi peraturan yang terdapat di dalam pembikinan filem-filem popular. Filem ini biasanya ini mencerminkan kecenderungan dan keperibadian pembuat filem tersebut.
personal correspondencesurat-menyurat peribadiPentadbiran PerniagaanTiadaPerhubungan surat-menyurat yang tidak rasmi.
personal legendslegenda peribadiKesusasteraanTiadaCerita tentang ketokohan seseorang yang mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak dimiliki oleh tokoh lain. Contoh: kekebalan Si Pitung yang hanya dapat dibunuh dengan peluru emas, Hang Jebat hanya mati di tangan Hang Tuah dengan keris Taming Sari.
computer securitykeselamatan komputerTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSubbidang Sains Komputer yang menyentuh beberapa topik yang merangkumi keselamatan data dan maklumat, keselamatan atur cara dan perisian, dasar keselamatan, keselamatan perkakasan, dan keselamatan aset sistem komputer. Keselamatan komputer juga dikaitkan dengan beberapa aspek utama seperti yang berikut: a. Kerahsiaan untuk memastikan bahawa maklumat tidak dicapai oleh pengguna yang tidak sah. b. Integriti dalam memastikan bahawa maklumat asal tidak diubah oleh pengguna yang tidak sah, sehingga pengguna tidak menyedari perubahan yang berlaku. c. Pengesahan untuk memastikan identiti pengguna yang sah. d. Kawalan capaian dalam memastikan hanya pengguna yang sah boleh mencapai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. e. Tanpa sangkalan bagi memastikan penghantar mesej atau pengguna sistem tidak boleh menafikan perbuatan yang telah dilakukan. f. Kesediaan untuk memastikan bahasa sistem yang disediakan berfungsi dan beroperasi dengan baik. g. Hak persendirian dalam memastikan bahawa hak dan maklumat peribadi tidak dicabuli.
delusiondelusiPerubatanTiadaKepercayaan peribadi yang salah dan yang berasaskan tanggapan yang silap tentang keadaan sebenar. Individu yang mengalami keadaan ini tidak berganjak daripada pegangannya walaupun kepercayaannya dapat dibuktikan salah. Keadaan ini biasanya dialami oleh pesakit mental, misalnya pesakit skizofrenia dan paranoia. Takrifan ini tidak berkaitan pun dengan kepercayaan agama.
123456

Kembali ke atas