Kurik Kundi Merah Saga | Nak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik rumah tidak bertangga, Kucing memanjat di batang tiang; Saya tak pernah tidur berdua, Peluk bantal sampailah ke siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Luka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera. |