Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan "garing","rapuh"dan"rangup"

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “garing” bermaksud 1. agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. Rapuh dan rangup memberi maksud mudah pecah atau patah atau rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" ada persamaan makna dengan “rapuh”. Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh”. Walau bagaimanapun, penggunaan kata tersebut perlu bersesuaian dengan konteks ayat. Perbezaannya, hanya kata “rapuh” mempunyai perluasan makna kiasan contohnya tidak teguh, tidak kuat, lemah dan lain-lain.

Makna10.11.2021
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. 

Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas,  popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja).
Makna19.06.2018
Tuan, Apakah jawapan bagi ayat di bawah dan bolehkah tuan terangkan perbezaan penggunaan ketiga tiga kata adjektif berikut?Menurut kamus,maksud mereka hampir sama,saya agak keliru. "Keropok di dalam tin masih ___ kerana tinnya tidak dimasuki udara." A.rapuh B.garing C.rangup Terima kasihUntuk makluman, pemilihan perkataan dalam ayat biasanya digunakan mengikut konteks walaupun ketiga-tiga perkataan membawa maksud yang sama. Perkataan yang betul dalam konteks ayat yang diberikan ialah:

Keropok di dalam tin masih rangup kerana tinnya tidak dimasuki udara.

Tatabahasa24.01.2018
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)?

Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan:
Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk  berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan).

·     Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak;  biskut yang sudah hapak.
Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan:

   Garing ialah keras tetapi rapuh  seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup.
Makna06.04.2014

Kembali ke atas