Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Asam kandis buah di hutan,
     Limau purut batang berduri;
Tipu daya kehendak tuan,
     Tidak menurut rosak hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Awal dikenal akhir tidak,
     alamat badan akan rosak.

Bermaksud :

Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam. Saya telah membaca buku Tatabahasa Dewan, halaman 525-529 tetapi gagal memahami persoalan yang saya tanyakan sebelum ini. Jika penanda wacana digunakan, adakah subjek perlu/boleh/wajib digugurkan? Contoh ayat: Antara faktor kemalangan jalan raya ialah jalan rosak. Jalan yang rosak menyebabkan pemandu hilang kawalan. Selain itu, pemandu yang cuai.Kami tidak dapat memahami soalan tuan sebelum ini dengan jelas. Walau bagaimanapun, tambahan maklumat yang dapat kami berikan ialah penggunaan penanda wacana bukanlah bermakna pengguguran objek boleh berlaku, kecuali dalam ayat majmuk atau ayat terbitan. Contoh, antara faktor kemalangan jalan raya ialah jalan rosak. Jalan yang rosak boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan. Tatabahasa20.02.2018
kenapa photobomb dipanggil tunafoto dalam bahasa Melayu? ada penjelasan tak? Terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tuna" ialah  "luka, cacat atau rosak". Maka terjemahan bagi photobomb ialah "tunafoto" yang bermaksud gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.Makna10.06.2022
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat.1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu)

2.  ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. 
Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan.
Tatabahasa31.10.2017
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat...Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan  "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam...Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. 

a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.
b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.

Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. 

Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.
Tatabahasa09.09.2013
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C.Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
Assalamualaikum Tuan, saya mendapat pertanyaan daripada seorang kawan berkenaan kata "tunaaksara". Tuna membawa maksud kerosakan atau kecacatan. Tunaaksara pula membawa maksud buta huruf. Soalannya, adakah perkataan "tunaaksara" juga boleh membawa maksud "huruf rosak?" Memandangkan "tuna" itu kerosakan manakala "aksara" pula bermaksud huruf. Sekian, terima kasih.“Tunaaksara” merupakan perkataan yang berasal dari Jawa yang bermaksud tidak boleh membaca dan menulis atau buta huruf. Perkataan tersebut tidak membawa maksud huruf rosak.Makna14.06.2022
Tuan, adakah untuk memahami penggunaan "menemui" dan "menemukan", saya perlu merujuk Kamus Dewan sahaja? Adakah saya tidak perlu mempedulikan bahawa akhiran-kan dalam "menemukan" digunakan untuk objek tidak bernyawa dan akhiran-i dalam "menemui" digunakan untuk objek bernyawa? Maksudnya Kamus Dewan memberikan pengertian yang paling tepat dan mematuhui peraturan bahasa?Selain Kamus Dewan, tuan/puan boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Tuan/puan tidak boleh terikat dengan rumus "imbuhan Men...-kan untuk objek tidak bernyawa dan imbuhan Men...-I untuk objek bernyawa" sahaja.  Rumus ini hanya untuk beberapa kata kerja tertentu  seperti : Ali memberi kucing makanan
                                                                               Ali memberikan makanan kepada kucing.
Akan tetapi ada juga rumus yang imbuhan Men..-kan dan Men---I boleh digunakan saling berganti tanpa membezakan makna, seperti:  Ali membaiki kereta yang rosak
                         Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Untuk memahami penggunaan imbuhan atau apitan Men...-kan dan Men...-I, sila lihat Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 202 - 208.  Tuan/puan boleh berbincang dengan guru untuk mendapatkan penerangan lanjut.
Tatabahasa02.12.2014
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
123456

Kembali ke atas