Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Banyak duri perkara duri,
     Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
     Tidak sama budimu seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Lain mangkuk lain cawan.

Bermaksud :

Tidak sama pembawaan dan kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(185)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Persepsi setiap individu adalah tidak sama dalam semua perkara." Adakah ayat ini betul atau perlukan apa-apa pembetulan seperti menggunakan 'bagi' menggantikan 'dalam'?Ayat yang betul ialah "Persepsi setiap individu tidak sama dalam semua perkara".Tatabahasa06.05.2014
maksud kesan pertembungan budayaPertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial.Makna06.04.2014
Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pencerahan, adakah maksud "tabika" sama dengan "tadika" ataupun tidak? Sekiranya tidak sama, mohon pencerahan apakah maksud sebenar "tabika" & "tadika"?Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Maksud tabika dan tadika tidak sama.

Tabika ialah akronim bagi Taman Bimbingan Kanak-kanak (tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja).

Tadika ialah akronim bagi Taman Didikan Kanak-kanak (kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun, sebelum mereka memasuki sekolah rendah)
Makna02.12.2017
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"??Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka".Tatabahasa18.07.2013
Jika rumus bagi akronim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ialah Jakim dan Berita Nasional Malaysia ialah Bernama, kenapa ejaannya tidak sama iaitu JAKIM dan BERNAMA (huruf besar) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat?Pada dasarnya  rumus menulis akronim dinyatakan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 105-106. Walau bagaimanapun, dari segi amalan organisasi, contohnya JAKIM dan BERNAMA mengeja nama organisasi tersebut menggunakan huruf besar.  Untuk makluman puan, Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai kamus umum merakamkan bentuk ejaan sebenar yang digunakan oleh organisasi tersebut.Ejaan20.07.2018
Saya telah membaca maklum balas yang terdapat dalam bahagian carian kata tentang 'tarian ngajat'. Ada beberapa jawapan yang tidak sama tentang kata majmuk 'tarian ngajat'.Jadi, 'tarian' ngajat' perlu ditulis huruf besar pada pangkal setiap perkataan sekiranya ialah kata nama khas kerana dalam Kamus Dewan ditulis huruf kecil pula.Dalam Kamus Dewan, tarian ngajat dieja dengan huruf kecil, penanda bagi kata nama am.  
Contoh ayat: Lelaki Iban memakai baju barung ketika menari tarian ngajat.
Tatabahasa12.07.2017
Adakah Inderaloka, Suralaya, dan Syurga membawa maksud yang sama?Tidak sama. Makna bagi inderaloka, suralaya dan syurga adalah seperti yang berikut:

inderaloka bahasa klasik kata nama tempat ting­gal Bentara Indera.

suralaya bahasa klasik kata nama suraloka

suraloka bahasa klasik kata nama tempat kediaman dewa-dewa atau kayangan.
Contoh penggunaan: Bunyi busur patah itu menggegarkan seluruh suraloka.

syurga kata nama
1 tempat di alam akhirat yang penuh dengan nikmat yang dijadikan oleh Allah sebagai tempat pembalasan baik kepada orang yang mentaati suruhan-Nya.
Contoh penggunaan: Rasulullah bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang-orang yang memutuskan silaturahim.”

2
bahasa kiasan
tempat di dunia yang penuh dengan segala kenikmatan, kesenangan, kebahagiaan dan sebagainya.
Contoh penggunaan: Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. 

Sila rujuk kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dan makna dalam bahasa Melayu.
Makna21.09.2023
Bolehkah frasa 'akselerasi' digunakan berbanding 'pecutan' untuk terjemahan 'acceleration' dalam konteks 'cardiotocogram' (perubatan)? Hal ini kerana 'acceleration' yang digambarkan dalam 'cardiotocogram' tidak sama seperti dalam fizik. Terima kasih,

Dalam bidang perubatan (kardiotokografi), kardiotokogram merujuk rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari segi kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. Oleh sebab itu, padanan yang tepat dalam bidang perubatan menggambarkan keadaan tersebut ialah pecutan. Akselerasi ialah istilah yang lebih kerap digunakan di Indonesia.

Istilah17.12.2019
Tuan Adakah perkataan tidak dan tiada mempunyai maksud yang tidak sama? Bila kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasihTiada juga membawa makna yang sama dengan tidak. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat.Ejaan04.12.2014
Assalamualaikum Tuan Saya minta jasa baik tuan untuk membetulkan isi kandungan surat saya. Terima kasih atas kebaikan tuan semoga Allah sahaje akan membalasnya Wassalam HasbiLampiran yang dikemukakan tidak sama dengan perisian yang kami gunakan. Agak sukar untuk kami menyemaknya kerana ejaan bersambung sehingga habis perkataan. Sementerlahan pula, tuan boleh menyemak sendiri di laman web kami untuk mendapatkan ejaan yang betul dan contoh penggunaannya juga boleh dilihat dalam data entri. Tatabahasa15.01.2015
12345678910...

Kembali ke atas