Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Banyak duri perkara duri,
     Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
     Tidak sama budimu seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Lain mangkuk lain cawan.

Bermaksud :

Tidak sama pembawaan dan kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(185)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Membawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hari panas bulan puasa, Jemur padi tengah halaman; Dapat emas bantal suasa, Tidak sama tidur di lengan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung jelatik burung jeladan, Terbang bersama burung merpati; Dikira cantik dikira padan, Sayang tidak sama sehati.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa.Pantun Melayu SarawakKasih
12345

Kembali ke atas