Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Banyak duri perkara duri,
     Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
     Tidak sama budimu seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Lain mangkuk lain cawan.

Bermaksud :

Tidak sama pembawaan dan kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(185)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBanyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaMembawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang.
Kurik Kundi Merah SagaHari panas bulan puasa, Jemur padi tengah halaman; Dapat emas bantal suasa, Tidak sama tidur di lengan.
Kurik Kundi Merah SagaRibut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga kelapa bali, Papan di Jawa saya tarikkan; Dua tiga boleh dicari, Tidak sama semacam tuan.
123

Kembali ke atas