Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Banyak duri perkara duri,
     Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
     Tidak sama budimu seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Lain mangkuk lain cawan.

Bermaksud :

Tidak sama pembawaan dan kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(185)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tidak sama air hujan dengan air telaga.Orang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain mangkuk lain cawan.Tidak sama pembawaan dan kesukaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertelau-telau seperti panas di belukar.Perintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersunting bunga keduduk: berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah.Suami isteri yang tidak sama derajat (darjat) keturunannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang.Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setali tiga wang.Sama saja; tidak lebih dan tidak kurang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak terkayuhkan lagi biduk hilir.Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tidak terindang dedak, berbiak lagi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengebat tidak erat, memancung tidak putus.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas