Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih....Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang.Tatabahasa03.07.2013
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasihKedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun.Tatabahasa20.01.2013
Adakah "dalam kata lain" sesuai digunakan dalam penulisan rasmi?Pada pandangan kami, frasa tersebut tidak sesuai digunakan kerana frasa tersebut tidak objektif dan tidak jelas. Surat rasmi  mempunyai format khusus, penggunaan bahasa yang betul, mengandungi rujukan dan tarikh, pengolahan idea yang tepat dan santun.Lain-lain14.02.2019
APAKAH MAKSUD BAHASA???

Saudara Suraya,

Perkataan bahasa bermaksud 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing  bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 106. 

Makna12.02.2010
Apakah bahasa istana bagi perbendaharaan kata 'bercadang'? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang perkara berkenaan, bagaimanapun dalam menzahirkan sesuatu lazimnya digunakan perkataan berhasrat yang kelihatan lebih santun.Tatabahasa01.06.2016
Adakah penggunaan kata sendi 'daripada' tepat dalam ayat berikut: Kajian tersebut turut mendapati bahawa daripada segi penggunaan bahasa santun pula banyak ujaran yang tidak menggunakan bentuk sopan yang asas dan jauh sekali menggunakan bahasa sopan pada peringkat yang lebih tinggi.

Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah dari segi.

Tatabahasa24.11.2020
"Aku mohon maaf jika terdapat kesilapan semasa mangacarakan majlis ini," kata juruacara itu. 1) Perlukah imbuhan 'me-' dibubuh pada perkataan 'mohon'? 2) Adakah penggunaan perkataan 'mengacarakan' betul dalam ayat ini? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai dalam situasi sebegitu? Terima kasih.1) "Memohon" boleh juga digunakan kerana penggunaan perkataan itu lebih santun. 2) Penggunaan perkataan "mengacarakan" betul kerana ia bermaksud menjadikannya sebagai salah satu acara atau memasukkannya ke dalam susunan rancangan. Dalam contoh ayat yang diberi, sebaik-baiknya kata ganti nama diri pertama "aku" ditukar kepada "saya" bagi menjadikan ayat lebih santun.Tatabahasa03.04.2009
Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih.Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Lain-lain25.09.2011
1)Apakah maksud bertatasusila dan bertatabahasa?(atau tidak ada dalam kamus?)Mengapakah dua perkataan ini tidak ada dalam Kamus Dewan atau Kamus Pelajar?Boleh memberikan saya contoh ayat bagi perkataan “bertatasusila dan bertatabahasa”?(Jika ada dalam kamus) 2)Apakah maksud”lebar-lebar”?(atau tidak ada dalam kamus?) Adakah “lebar-lebar” bermaksud lebar?Boleh jelaskan?Boleh memberikan contoh ayat? Terima kasih.

1) Makna bertatasusila dan bertatabahasa berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020):

 

tatasusila n adat sopan santun dan budi pekerti yg baik: Tamadun manusia yg tinggi nilai peradabannya ialah mereka yg menjaga adab dan tatasusila terpuji.

 

bertatasusila 

ktt mempunyai tatasusila: Pelajar harus diajar utk menggunakan bahasa yg sesuai dan bertatasusila apb berhadapan dgn ahli keluarga, guru dan rakan.

tatabahasa Lin n cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik;

nahu;

bertatabahasa ktt menggunakan atau mengikut tatabahasa: Sesetengah lirik lagu didapati mengabaikan kesantunan bertatabahasa. Bahasa baku persuratan ialah bahasa yg bertatabahasa dan gramatis yg dizahirkan dlm bentuk tulisan.


2) Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020):

 

lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk.

Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada tuan/puan. 

Terima kasih.

Makna28.04.2023
Adakah perkataan zahir dikira perkataan klasik? Adakah ianya tidak sesuai digunakan untuk dokumen rasmi, sebagai contoh di dalam minit mesyuarat?Kata "zahir" ialah kata pinjaman Arab yang membawa makna sesuatu yang kelihatan di hadapan mata atau tampak pada luaran sahaja, atau berkaitan sesuatu yang kelihatan di hadapan mata atau tampak pada luaran. Penggunaan kata ini bersifat santun (bahasa halus) yang digunakan bukan dalam sebarang situasi. Sila lihat contoh penggunaan kata ini dalam bahasa Melayu dengan merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 2524).Makna19.04.2024
123

Kembali ke atas