Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan riuh dan bingit ? terima kasih.Riuh bermaksud bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain), manakala bingit bermaksud tidak sedap, kurang senang (didengar).Makna18.11.2008
Apakah perbezaan antara hapak dengan harum?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hapak bermaksud berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang 
atau sudah lama tersimpan. Contoh ayat, bantal usang itu berbau hapak. Harum pula bermaksud, sedap (enak) baunya, wangi, baik, masyhur, terkenal. Contoh ayat, bunga melati itu harum baunya. Contoh ayat kedua, nama Malaysia semakin harum dalam hubungan antarabangsa.

Makna21.08.2021
apakah istilah bau yg sesuai untuk bau alkoholIstilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 1) tengik - i. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; ii. ki berbau busuk.Istilah27.10.2006
“Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.” Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah “sementelahan” sahaja tanpa “pula”?Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah.Tatabahasa23.02.2009
Salam sejahtera DBP Saya ingin yang mana satu daripada ayat-ayat di bawah ini yang tepat. (a) Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (b) Makanan yang dijual di Restoran Mamat sedap belaka. Terima kasih.Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan: Pengandaan kata dilakukan untuk menghasilkan makna-makna tersendiri, antaranya ialah kejamakan subjek kata sifat berkenaan, contohnya: besar-besar (Durian di dusunnya besar-besar belaka), sedap-sedap (Makanan di restoran Mamat sedap-sedap belaka), kaya-kaya (Penduduk Taman Harta ini kaya-kaya belaka). (Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kata Adjektif Ganda, hlm. 239 dan Nahu Melayu Mutakhir, Gandaan Asal, hlm. 274 – 278.Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan:  Perkataan Makanan bermaksud jamak, belaka bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali; oleh itu tidak perlu menggandakan perkataan sedap.Tatabahasa18.05.2011
Yang manakah betul: sedap belaka sedap-sedap belakaFrasa yang betul ialah 'sedap belaka' kerana perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap.Tatabahasa24.08.2014
Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar. Adakah ayat tersebut betul? Bolehkah suara dipadankan dengan sedap?Sedap tidak sesuai untuk suara. Yang betul ialah merdu. Sedap merujuk kepada enak, lazat (rasa).Tatabahasa12.09.2008
kata ganda 1.Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.Betul atau salah. ditemui atau ditemukan 2.Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. 2. Ayat yang betul ialah 'Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa28.08.2009
Adakah ayat di bawah betul?Kata ganda di bawah agak mengelirukan saya. -Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.
Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap.
Tatabahasa28.08.2012
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)?

Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan:
Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk  berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan).

·     Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak;  biskut yang sudah hapak.
Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan:

   Garing ialah keras tetapi rapuh  seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup.
Makna06.04.2014
12345

Kembali ke atas