TIDUR | Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap. Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan otot berehat. Denyutan jantung dan kadar pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan menjadi tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. | UMUM | |
ANTIGONE | Antigone , dalam mitologi Yunani, ialah puteri Raja Oedipus dan Permaisuri Jocasta, yang memerintah Thebes. Oedipus secara tidak sedar membunuh bapanya dan mengahwini ibunya. Apabila menyedari apa yang telah dilakukannya, dia membutakan matanya dan kemudiannya diusir dari Thebes. Antigone menemani bapanya sebagai pemandu semasa bapanya berada dalam buangan (lihat Oedipus ). | UMUM | |
NATRIUM TIOPENTON | Natrium tiopenton ialah barbiturat yang digunakan untuk menyebabkan tidur semasa pembedahan. Ia adalah anestetik am – iaitu, ubat yang menyebabkan tidak sedar dan hilang rasa pada keseluruhan badan. | UMUM | |
KONVULSI | Konvulsi ialah pengecutan tidak sengaja oleh sekumpulan otot yang biasanya diikuti dengan keadaan tidak sedar. | UMUM | |
TINDAKAN PANTULAN | Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini, yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya, dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan membabitkan rangsangan yang menyebabkan gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu gerak balasnya. | UMUM | |