Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
narrow spectrum antibioticantibiotik spektrum sempitFarmasiFarmakologiantibiotik spektrum sempit; ld. antibiotik spektrum sempit) Antibiotik yang aktif terhadap kumpulan mikroorganisma terpilih. Antibiotik ini biasanya digunakan untuk rawatan jangkitan mikroorganisma tertentu apabila patogen penyebab penyakit tidak diketahui. Agen ini tidak membunuh mikroorganisma seperti antibiotik spektrum luas. Oleh sebab itu, antibiotik spektrum sempit kurang cenderung menyebabkan superjangkitan. Contoh antibiotik spektrum sempit ialah vankomisin, eritromisin dan azitromisin.
geodepressiongeolekukanGeologiTiadaLekukan yang panjang, sempit, dan tidak semestinya terisi dengan endapan.
parochialparokialSains PolitikPolitik PerbandinganSifat budaya politik yang lemah atau tidak matang. Budaya politik ini menggambarkan persaingan dan penyertaan yang rendah dalam masyarakat. Anggota masyarakat bersifat pasif, tidak berminat dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan politik negaranya. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian dan bersifat apati dengan politik masyarakatnya. Mereka tidak mengharapkan sesuatu output daripada kerajaan dan tidak juga memberi sebarang input bagi mempengaruhi kerajaan. Masyarakat ini biasanya mempunyai taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Kebanyakan negara di Afrika masih memiliki budaya politik yang parokial. Sinonim pemikiran sempit.
narrow beamalur sempitKejuruteraanTiadaAlur sinaran yang tidak mengandungi sinaran terserak.
narrow beamalur sempitFizikAtom dan NuklearAlur sinaran mengion yang terserak dan tidak sampai ke pengesan semasa mengukur penyusutan sinaran.
doctrinaire (person)pemaham sempitSejarahTiada1. Orang yang berpegang teguh kepada fahamannya sahaja dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak dalam menegakkan fahaman tersebut.,2. Ahli atau anggota parti politik di Perancis 1815 - 1830, yang memegang prinsip pemerintahan monarki berperlembagaan dan menolak pandangan golongan revolusi.
claustrophobiaklaustrofobiaKesusasteraanTiadaTidak normal, berada dalam suasana fikiran yang sempit dan tertutup.
narrow spectrum antibioticantibiotik spektrum sempitPerubatanTiadaKumpulan antibiotik yang hanya berkesan kepada jenis bakteria yang khusus seperti bakteria Gram positif atau bakteria Gram negatif sahaja. Setelah diketahui bakteria penyebab, penggunaan antibiotik ini akan mengurangkan risiko jangkitan oportunistik dan penghasilan organisma kebal. Walau bagaimanapun, antibiotik kumpulan ini tidak sesuai untuk rawatan empirikal. Contoh antibiotik spektrum sempit ialah Penicillin, Vancomycin dan Gentamicin.
PottingmemasuPertanianAgronomi

Aktiviti menanam di dalam pasu dan tidak terus kedalam tanah. Aktiviti ini salah satu cara digunakan penanaman dalam bekas disebabkan tanah tidak sesuai atau kawasan terhad (sempit). Ia digunakan di dalam penanaman herba, bunga-bungaaan dan pokok kecil.

lenticellentiselBotaniTiadaLekuk atau ruang sempit seakan-akan liang pada tisu periderma yang dipenuhi oleh sel-sel yang tersusun longgar dan tidak diliputi oleh suberin. Lekuk ini lebih tebal di sekelilingnya berbanding bahagian tisu periderma yang lain. Fungsinya adalah untuk memudahkan pertukaran gas berlaku.
123

Kembali ke atas