Mohon semakan terjemahan ayat di bawah This program contains material that may be disturbing to some viewers. Viewer discretion is advised. Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Budi bicara penonton dinasihatkan. Terima kasih | Ayat yang lebih gramatis ialah Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.10.2017 |
Memikul beg...betul? | Perkataan "memikul" tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan yang biasa digunakan ialah membimbit beg. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Tuan / Puan yang dihormati, Adakah perkataan 'kecelakaan' tidak sesuai digunakan untuk bina ayat? Contohnya, Kita haruslah berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya. Adakah celaka perkataan yang kasar? Terima kasih. | Kecelakaan dari kata dasar celaka tetapi membawa makna baharu, iaitu kemalangan. Kecelakaan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 04.04.2017 |
Sesetengah guru bahasa Melayu mengatakan bahawa perkataan "terdapat" tidak sesuai digunakan untuk memulakan sesuatu ayat. adakah ia benar? | Perkataan "Terdapat" boleh digunakan di permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif. | Tatabahasa | 08.06.2019 |
Kata seru "Nah" merupakan jawapan yang betul. Mengapakah jawapan "cis" tidak sesuai? | Kata cis digunakan untuk menyatakan perasaan marah atau mencemuh. | Tatabahasa | 13.05.2016 |
Apakah cadangan terjemahan untuk baju jenis vest? Penggunaan istilah anak baju kelihatan tidak sesuai sebagai terjemahannya. | Perkataan "vest" boleh ditulis sebagai ves. Contoh: safety vest diterjemahkan kepada ves keselamatan.
| Lain-lain | 27.08.2019 |
Search to refine the results. Cari untuk memperhalus kelihatan tidak sesuai. Apa istilah sesuai untuk refine ya? | Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan "refine" dalam konteks yang dinyatakan ialah perincian. Terjemahan "search to refine the result" ialah cari untuk perincian keputusan. | Makna | 09.11.2022 |
Adakah istilah "main tipu" boleh digunakan dalam penulisan atau media? | Perkataan main tipu tidak sesuai digunakan dalam penulisan rasmi atau media kerana perkataan tersebut merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang bermaksud mengenakan tipu muslihat dalam melakukan sesuatu perkara, pertandingan atau yang seumpama dengannya. | Makna | 13.08.2021 |
Salam sejahtera, Adakah "Notifikasi" boleh digunakan untuk terjemahan "Notification"? Sila sahkan atau berikan cadangan jika tidak sesuai. Topik: Kejuruteraan dan teknologi semasa. Penggunaan: Lebih banyak digunakan dalam tetapan peranti atau mesin. Terima kasih atas penerangan pihak tuan/puan. | Notifikasi boleh digunakan. Contoh: kad notifikasi | Istilah | 24.06.2015 |
Bolehkah saya menggunakan nama "RSSTORAN ISTANA AYAM KAMPUNG" sebagai nama restoran saya. | Perkataan "istana" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini kerana "istana" bermaksud rumah kediaman raja atau ketua negara. Bentuk yang betul ialah RESTORAN AYAM KAMPUNG atau RESTORAN AYAM KAMPUNG ... (diikuti oleh perkataan lain seperti nama orang dan sebagainya). Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 18.11.2014 |