Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comparable worthnilai setandingPengurusanPerancanganSuatu konsep yang menetapkan kemampuan yang setaraf dari aspek pengetahuan dan kemahiran, yang seharusnya dipertimbangkan oleh majikan bagi membayar pekerja dengan ganjaran yang sama tanpa mengira umur, bangsa, jantina atau sebarang perbezaan lain. Tujuan konsep nilai setanding adalah untuk mengelakkan diskriminasi dan prejudis terhadap perbezaan latar belakang pekerja dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja, sedangkan prestasi mereka adalah sama atau lebih baik. Contoh nilai setanding ialah penetapan polisi ganjaran berdasarkan jawatan, pengalaman dan prestasi semata-mata tanpa prejudis, sama ada sesuatu tugas itu dilaksanakan oleh pekerja lelaki atau pekerja wanita
strategic groupkumpulan strategikPengurusanPerancanganKelompok organisasi yang bersaing dalam industri, yang memiliki ciri-ciri produk atau perkhidmatan serta prestasi yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Kumpulan strategik ini perlu dikenal pasti bagi menentukan kedudukan sesebuah organisasi dan pesaing lain yang setanding dalam pasaran, dan menetapkan strategi yang bersesuaian mengikut kemampuan dan potensi pasaran. Contoh kumpulan strategik ialah bank-bank peruncitan yang bersaing dalam industri perbankan di Malaysia. Lihat juga pemetaan kumpulan strategik.
acetaminophenasetaminofenKimiaForensikFormula kimia, C8H9O2N; nama lain, N-asetil-para-aminofenol (APAP,para-asetilaminofenol, parasetamol; nama dagang, Panadol, Tylenol. Hablur tidak berbau, terasa pahit sedikit, takat Jebur 169°C - 171°C, larut sedikit dalam air dan eter, dan larut dalam etanol. Hablur ini disediakan daripada tindak balas para-aminofenol dengan larutan akueus asetik anhidrida. Setaminofen merupakan alternatif aspirin, selain ibuprofen (nama dagang, Advil , Nuprin), dan naproksen (nama dagang, Aleve). Ubat ini mempunyai keaktifan analgesik setanding dengan aspirin, tetapi tidak mempunyai keaktifan antiradang dan tidak mempunyai kegunaan dalam penyakit reumatik. Ubat ini merupakan analgesik sederhana kuat yang paling banyak digunakan serta tidak bersifat asid, dan oleh itu tidak menyebabkan perdarahan dalam perut. Kesan sampingannya termasuk alergi yang serius dan anemia. Dos yang berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang boleh membawa maut.
profit equalisation reserverizab penyamarataan keuntunganEkonomiTiadaJumlah tertentu yang diambil daripada keuntungan kasar perbankan Islam. Jumlah ini akan digunakan untuk menampung kekurangan keuntungan yang diberikan kepada penyimpan. Tujuan rizab ini untuk memastikan pulangan keuntungan yang diterima oleh penyimpan stabil dan setanding dengan keuntungan atau faedah yang diberikan oleh institusi kewangan lain. Sekiranya jumlah ini tidak digunakan, rizab ini akan dipindahkan ke liabiliti perbankan Islam dan dilaburkan sebagai akaun mudarabah muqayyadah.

Kembali ke atas