Tuan, "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi" atau "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi"? Jika digunakan sendi nama "dengan" dengan maksud "bersama", adakah frasa ini bermaksud sokongan keilmuan pada asal bersama dengan sokongan peribadi tetapi perlu dipisahkan, jadi dengan makna "bersama" ini sendi nama "dengan" digunakan? Sendi "daripada" tidak dapat digunakan kerana frasa ini tidak menunjukkan bandingan berbeda ataupun maksud sebahagian: "sokongan keilmuan" dan "sokongan peribadi" setaraf, tidak boleh dikatakan bahawa "sokongan peribadi" badan "sokongan keilmuan" dan "sokongan keilmuan" bahagian badan induk "sokongan peribadi", jadi "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" bermaksud memisahkan bahagian "sokongan keilmuan" daripada badan induk "sokongan peribadi" - maksud tidak kena kerana kedua-dua jenis sokongan setaraf! Sila beritahukan pendapat tuan. | Kami berpandangan kedua-dua frasa ini "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" dan "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi", betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan. Seperti yang tuan maklumi kedua-dua kata sendi nama daripada dan dengan mempunyai fungsi yang berbeza, maka penggunaan kedua-dua perkataan tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 15.12.2016 |
Bolehkah majlis untuk penyampaian sijil diploma atau yang setaraf dengannya dinamakan majlis konvokesyen atau majlis graduasi? | Majlis penyampaian sijil diploma tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja. | Lain-lain | 14.06.2015 |
contoh-contoh bahasa kasar | Bahasa kasar digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Istilah | 26.10.2009 |
apakah jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |
Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih. | Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2011 |
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku. | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 02.11.2011 |
tuan, apakah maksud bahasa tidak sopan. apakah faktor-fsktor yang mendorong penggunaan bahasa itu | Bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 05.10.2011 |
Adakah penggunaan rungkap "sebab mengapa" di tengah-tengah ayat gramatis? Bolehkah saudara/ri beri ungkapan-ungkapan lain yang setaraf dengan "sebab mengapa" berlatarkan konotasi "because"/ "for the reasons" / "due to" .... Terima kasih. | Ungkapan "sebab mengapa" adalah tidak gramatis kata kerana sebab digunakan dalam ayat penyata, manakala kata mengapa digunakan dalam ayat tanya. | Tatabahasa | 25.09.2011 |
Berkaitan Kertas BM 2 UPSR : Bahagian C, status penggunaan 'lah' bersama kata bantu 'mesti, harus, hendak'. Soalannya boleh guna atau tidak boleh atau harus diguna? | Partikel "lah" berfungsi sebagai kata penegas dan boleh digunakan untuk menegaskan bahagian tertentu dalam ayat. contohnya pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya. | Tatabahasa | 12.04.2014 |
apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |