Aws ibn Hajar ( ? –2 S.H. / ? –620 M.), salah
seorang tokoh penyair zaman Jahiliah. Nama
penuhnya ialah Aws ibn Hajar ibn ‘Itab al-Tamimi.
Umurnya sangat panjang namun sesetengah
pengkritik sastera mengatakan dia tidak sempat
hidup hingga ke zaman Islam. Walau bagaimanapun
terdapat pendapat yang mengatakan tarikh
kematiannya ialah pada awal kelahiran Islam.
Walaupun Ibn Sallam menganggapnya daripada
kalangan para penyair Jahiliah kelas dua, tetapi
akhirnya dia mengatakan, “Aws adalah setaraf
dengan empat orang penyair sebelumnya – iaitu
pada tahap pertama – tetapi kami telah mengehadkan
tahap pertama tersebut untuk empat orang sahaja”.