Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kalau kutahu hujan tak jadi,
     Tidak saya turun ke bendang;
Kalau kutahu orang tak sudi,
     Tidak saya datang meminang.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon berikan terjemahan BI untuk pantun ini Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. Terima kasihMohon maaf tuan/puan, kami tidak memberi perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk bantuan tersebut. Terima kasih.Lain-lain25.09.2018
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza??

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud  1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;

Istilah01.11.2009
Jangan pernah berkasar terhadap ibumu. Ungkapan “jangan pernah” dalam ayat ini sesuai atau tidak? Terima kasih. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjawab soalan-soalan sebelumnya.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah  kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah.. manakala pernah ialah sudah ada mengalami, sudah berlaku. Perkataan pernah tidak sesuai mengikut konteks ayat yang dinyatakan.

Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah sesekali...

Jangan sesekali berkasar terhadap ibumu.
Tatabahasa17.01.2013
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) Apakah perbezaan antara "diminta" dan "dipinta"? 2) Hasil carian pada tapak web PRPM beberapa hari yang lalu nampaknya tidak lagi merangkumi bahagian Khidmat Nasihat, dan bahagian Istilah BM yang tertera adalah terhad. Adakah keadaan ini kekal atau buat sementara waktu sahaja?Pinta sama maksud dengan minta/meminta. Di bawah kata pinta hanya ada beberapa kata terbitan seperti terpinta dan pintaan, berbanding dengan kata minta boleh menerbitkan lebih banyak kata seperti meminta, berminta, memintai, peminta dan permintaan. Oleh itu, pembentukan kata yang lebih tepat ialah diminta, iaitu bentuk pasif bagi kata kerja meminta.Tatabahasa13.08.2019
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Puas sudah saya mencari padanan dalam bahasa kebangsaan istilah "flying fox". Sudi bantu saya? Terima kasih....Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan  ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, tuan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying Fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox).Istilah09.12.2014
Salam sejahtera, Adakah struktur ayat yang berikut betul? "Defendan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perenggan A dan meletakkan Plaintif di atas dasar beban bukti yang kukuh" Terima kasih kerana sudi membantu.Ayat ini berkaitan bidang undang-undang. Dari segi struktur ayat ini betul, tetapi tidak gamatis atau sejadi kerana terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Mohon berikan ayat dalam bahasa Inggeris supaya kami boleh mencadangkan perkataan yang lebih sesuai. Terima kasih.Lain-lain23.04.2018
Selamat pagi dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) "Rapper" merujuk kepada seorang yang membuat persembahan jenis muzik rap. Apakah istilah yang paling sesuai untuk "rapper" - "ahli rap", "pemuzik rap", "rapper" atau apa-apa istilah lain? 2) Apakah istilah yang paling sesuai untuk "given name" bagi orang yang tidak semestinya beragama Kristian - "nama sendiri", "nama diberi", "nama pertama" atau apa-apa istilah lain? 3) Apakah istilah yang sesuai untuk "birth name" - bolehkah "nama lahir" diterima? 4) "Stage name" merujuk kepada nama yang dipegang oleh seorang pelakon atau penghibur bagi tujuan profesional. Apakah istilah yang paling sesuai untuk "stage name" - "nama samaran", "nama pentas" atau apa-apa istilah lain? Sekali lagi, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut:

  1. Rapper = penyanyi rap/pemuzik rap/penari rap
  2. Given name = nama sendiri/nama pertama/nama diberi
  3. Birth name = nama lahir
  4. Stage name = nama pentas/nama samaran
Pemilihan padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada penggunaan perkataan dalam konteks ayat.
Istilah24.06.2019
Alhamdulillah.. Berbanyak banyak Berterima kasih seikhlas kesetiaan Budi Baik Bicara kepada Keluarga Syarikat kndbp.com sudi membantu memulihkan semula segala pembayaran Panduan Pengguna Maklum Balas Pengguna.. Disini, Telah Banyak Saya Merekodkan segala Maklumat Dan Maklum Balas yg sewajarnya..harus Diutamakannya..semuanya Tidak satu pun Diwujudkan..Dari segi Website Aaplikasi Pembayaran HADIAH Dan APE sahaja..Didalam Aaps mengatakan Anda Akan Mendapat kan semua hadiah Ini..dalam tempoh 4 hari Atau 2/3 dalam waktu bekerja..Tetapi bila sudah sampai waktunya..tiada ape yg diberitahu..selepas itu .Handfone saya DiRalat Discammer DiRosakkan..Sdh Banyak kali..ianya terjadi kepada saya disini, ✅ Bayangkan Sdh Berpuluh puluh tahun Saya,Terananya oleh Pengguna DiLuar sana..Apalagi No AlamatSila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami membantu tuan.Lain-lain18.01.2024
Assalamualaikum, terima kasih didahulukan kerana sudi membaca dan menjawab pertanyaan saya. Saya ingin meminta saranan dan khidmat nasihat mengenai frasa "Pelaksanaan Kelestarian Kewangan". Setahu saya, lestari bermaksud kekal maka agak kurang sesuai digunakan dalam konteks kemajuan atau kecemerlangan atau penjanaan kewangan. Adakah wujud perkataan kebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan perkataan lestari dalam ayat tersebut? Sekian terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, lestari bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada tahap yang tertentu. Isunya adakah penggunaan perkataan "kelestarian" dalam konteks Pelaksanaan Kelestarian Kewangan bermaksud sedemikian? Hal kewangan lazimnya dikaitkan dengan pengukuhan atau kemampanan. Pengukuhan bermaksud perihal menjadikan sesuatu itu kukuh/teguh, manakala kemampanan bermaksud (berkenaan ekonomi) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa panjang.Tatabahasa28.12.2023
As-salamu alaykum. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan saya sebelum ini di ruangan yang sama. Bolehkah pihak tuan, puan berikan saya senarai sebanyak yang mampu bagi perkataan-perkataan yang perlu digunakan dalam huruf kecil di sebuah tajuk? Terima kasih.Pihak kami tidak mempunyai data berkenaan senarai perkataan yang perlu ditulis dengan huruf kecil dalam tajuk. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Hal tersebut telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu berkenaan. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. Contoh penulisan tajuk, Perjuangan Utara dan Selatan, Kisah Sang Kancil dan Arnab Berlumba Lari di Gunung dan Pujangga yang Malang. Tatabahasa07.11.2021
1234

Kembali ke atas