Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tinggi pungguk Kuala Petang,
     Pungguk tidak terbang tinggi;
Jangan tunduk abang datang,
     Abang tidak suka begini.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Sakit kepala panjang rambut,
     patah selera banyak makan.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan "langsung" 1) Saya langsung tidak suka mata pelajaran Pendidikan Seni. ATAU 2) Saya tidak suka langsung mata pelajaran Pendidikan Seni. Terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa10.05.2022
Apakah perkataan yang boleh saya gunakan untuk frasa "give face to somebody". Contohnya, sebenarnya saya tidak suka melakukan perkara itu, namun disebabkan saya "give face to XXX" maka saya melakukannya sahaja.Dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi give face ialah menghormatinya. (Sebenarnya saya tidak suka melakukan perkara itu. Namun disebabkan saya menghormati XXX, maka saya melakukannya.)Penyemakan dan penterjemahan21.03.2017
APAKAH MAKSUD " TANAPA PREJUDIS"Maksud tanpa prejudis ialah tidaka ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb.Makna18.03.2009
perkataan sama erti bagi "merajuk"Makna bagi merajuk ialah menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Makna01.11.2007
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?)1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan.
2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan.
Tatabahasa03.09.2013
APAKAH MAKSUD " TANPA PREJUDIS"Maksud tanpa prejudis ialah tidak ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb.Makna18.03.2009
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
assalamualaikum..maksud prejudis dan stereotaip apa?Prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb).Makna04.02.2008
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat2 di bawah...Jika ada kesalahan minta diterangkan hukum tatabahasa yang berkaitan. 1. Sesetengah orang tidak suka tinggal di bandar. 2.Jika hujan lebat , kawasan ini akan dinaiki air . 3.Sudah bertahun lamanya Pak Cik Ali menetap di kampung ini. Penduduk di kawasan itu saling membantu apabila tiba musim menuai. 4. Abang membelok di sebatang selekoh. 5.Lembu-lembu tanpa tuan bertempiaran di sepanjang jalan kampung itu.Ayat pertama hingga kelima yang dilampirkan adalah betul.Tatabahasa03.03.2014
I Air hujan yang lebat itu telah menenggelami seluruh kawasan kampung. II Sampah-sarap yang bertaburan telah mengotori kawasan tanaman. III Saya tidak suka menyalahi orang lain jika berlaku kesilapan. IV Sultan telah menganugerahi sebutir pingat kebesaran kepada abang. A I dan II B I dan III C II dan III D IIIdan IVJawapan yang betul ialah A.  I dan IILain-lain05.07.2015
12345678910...

Kembali ke atas