Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tinggi pungguk Kuala Petang,
     Pungguk tidak terbang tinggi;
Jangan tunduk abang datang,
     Abang tidak suka begini.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Sakit kepala panjang rambut,
     patah selera banyak makan.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOGBANE

Dogbane ialah nama 11 tumbuhan yang berkaitan

rapat. Ia tumbuh di zon beriklim sederhana di utara

kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Kesemua dogbane ialah tumbuhan hijau beracun

yang mengandungi jus putih yang pahit. Tetapi ia tidak

membahayakan kerana kebanyakan haiwan meragut tidak suka

jusnya yang pahit dan tidak mahu memakannya

lagi.

UMUM 
ARTHUR, SIR GEORGE

Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan

gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari

tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong

pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah

jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia

tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas

dan sering kali menyebabkan mereka

memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan

mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan

pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada

tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni

yang terpisah daripada New South Wales dan

mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur

mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang

cekap dan banyak berusaha menumpaskan

perompakan di tanah jajahan tersebut.

UMUM 
NALURI

Naluri adalah tingkah laku yang diwarisi dan

bukannya dipelajari. Kita boleh menyatakan

bahawa seseorang yang suka melawan mempunyai

naluri yang agresif. Tetapi orang itu tidak

dilahirkan dengan keinginan untuk melawan dan,

latar belakang rumah dan sekolah yang berlainan

tidak mungkin membina kelakuan tersebut. Ahli

sains menggunakan istilah naluri dan tingkah laku

naluri hanya untuk aktiviti yang tidak melibatkan

pengalaman dan pembelajaran. Untuk dapat

disifatkan sebagai naluri sebenarnya, sifat tingkah

laku mestilah hampir serupa bagi kedua-dua

jantina dalam spesies haiwan berkenaan.

UMUM 
PERDAGANGAN BEBAS

Perdagangan bebas ialah polisi yang

membenarkan penduduk sesebuah negara membeli

dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka

tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai

sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang

penduduknya daripada membeli barangan yang

dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan

mereka membelinya di negara sendiri.

UMUM 
ARACHNE

Arachne ialah seorang penenun yang mahir

dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar

bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik

daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan

kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne

untuk menyertai pertandingan menenun. Athena

menenun dewangga yang menggambarkan

manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan

mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan

tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena

melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun

mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba

menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu

menukarkannya menjadi seekor lelabah.

Kemahiran Arachne masih bertahan dalam

memintal sarang oleh lelabah.

UMUM 
MEMASAK

Memasak ialah menyediakan makanan untuk

dimakan. Memasak menjadikan makanan kelihatan

lebih menyelerakan dan mudah dihadam.

Kebanyakan proses memasak melibatkan

pemanasan makanan. Namun, ada juga makanan

yang tidak perlu dimasak seperti sandwic dan salad.

Ramai orang suka memasak untuk mengisi masa

lapang.

UMUM 
SOPHOCLES

Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406

S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat

antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi

penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling

awal daripada mereka bertiga – dan Euripides.

Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka

mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama

yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari

drama sebabak.

UMUM 
SATYR

Satyr ialah dewa kecil bagi desa dan hutan dalam

mitologi Yunani. Satyr pada asasnya kelihatan

seperti manusia biasa. Tetapi kebanyakan mereka

mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri haiwan, seperti

kaki, kuku, tanduk, dan telinga kambing, atau

pelbagai gabungannya.

Satyr mengikut Dionysus, iaitu dewa wain, dan

Pan, dewa hutan dan padang rumput. Kebanyakan

satyr adalah muda, ceria, tetapi nakal. Ada kalanya

mereka menjadi liar dan tidak dapat dikawal, tetapi

jarang mencederakan sesiapa pun. Perkara yang

suka dilakukannya ialah meminum wain dan

memburu perempuan cantik yang dikenali sebagai

nimfa . Mereka juga suka muzik dan menari. Ada

satyrz tua yang mabuk, tetapi bijak. Perkataan Rom

purba bagi satyr ialah faun .

Lihat juga Dionysus; Faun; Pan.

UMUM 
LATAH

LATAH. Suatu gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu hilang penguasaan terhadap kelakuan sendiri, suka meniru atau mengikut suruhan orang, sama ada kata-kata atau perbuatan dengan tidak disengajakan kerana terganggu, terperanjat atau terkejut.

BUDAYAPenyakit

Kembali ke atas